Pemuda Pelik…3 Hari 2 Malam Bertenggek Atas Pokok Kelapa

Pemuda Pelik…3 Hari 2 Malam Bertenggek Atas Pokok Kelapa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda Pelik…3 Hari 2 Malam Bertenggek Atas Pokok Kelapa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda Pelik…3 Hari 2 Malam Bertenggek Atas Pokok Kelapa
link : Pemuda Pelik…3 Hari 2 Malam Bertenggek Atas Pokok Kelapa

Baca juga


Pemuda Pelik…3 Hari 2 Malam Bertenggek Atas Pokok Kelapa

loading…
Pemuda Pelik…3 Hari 2 Malam Bertenggek Atas Pokok Kelapa

Mereka tidak pasti siapa atau apa benda itu.

 Mungkin manusia yang punya niat jahat, atau barangkali jelmaan jin yang merayau mencari mangsa. Usaha pencarian diteruskan tetapi gagal. Ia lenyap begitu saja.

Selepas yakin yang ia tidak akan muncul semula, mereka pun pulang ke rumah masing-masing. 

Maka sibuklah mereka menceritakan peristiwa aneh tersebut kepada anak isteri.

Keesokan harinya seorang warga desa terkejut beruk apabila terlihat seseorang sedang berpaut erat atas pokok kelapa di belakang rumahnya. Setelah diamati ternyata sosok itu adalah seorang pemuda tampan yang kelihatan seperti kebingungan dan takutkan sesuatu.

Kerana takut, pemilik rumah memberitahu para jiran tentang perihal pemuda yang dijumpainya. Pagi itu warga desa gempar lagi. Maka berduyun-duyunlah mereka datang ke belakang rumah untuk melihat sendiri ‘lelaki pokok kelapa’ tersebut.

Warga kemudian memintanya turun, tapi dia enggan. Malah mengeratkan lagi pelukannya pada batang pokok kelapa. Sehari suntuk dipaksa turun tapi dia tetap saja tidak berganjak.

Masuk hari kedua, pemuda itu masih di atas pokok kelapa. Seperti hari sebelumnya tetap degil tidak mahu turun. Dalam kelelahan jelas terpancar ketakutan di wajahnya seperti terlihat hantu atau jin.

Buntu dengan masalah ini, akhirnya mereka melaporkan kepada pihak berwajib. Beberapa orang anggota polis tiba di tempat kejadian. Pelbagai cara dilakukan termasuk dibelikan makanan, tapi pemuda itu masih saja membatu.

Sehingga malam usaha masih gagal. Atas cadangan ketua polis Andi Kumara, mereka pun menggunakan kren untuk menurunkannya. Namun begitu masih tidak berjalan lancar. 

Dia malah meminta macam-macam seperti nasi bungkus, minuman, rokok dan baju.

Saat kren datang mendekat, dia meminta supaya para petugas di atas harus membuka baju masing-masing. Semuanya akur, tapi dia masih berkeras tidak mahu turun. Perkara ini berlanjutan sehingga 7 Ogos.

Akhirnya setelah melalui proses ‘perbincangan’ yang panjang, pemuda bernama Suwadi alias Sumadi ini berjaya diturunkan pada pukul 1 petang. Selanjutnya dia dibawa ke Dinas Sosial Kota Lubuklinggau Timur.

Pada malam 4 Ogos lepas beberapa orang warga Desa Air Kuti, Lubuklinggau Timur terserempak dengan sesosok lembaga sedang mundar-mandir di jalanraya. 

Beberapa orang lelaki dan rukun tetangga memberanikan diri mendekati lembaga tersebut.

Semasa dihampiri, lembaga itu berundur. Kelakuannya menimbulkan curiga warga prihatin dan rukun tetangga. Lantas mereka mengejarnya. Anehnya lembaga itu menghilang dalam kegelapan malam.

Jadi apa sebenarnya yang mendorong Suwadi bertindak demikian?

Menurut Suwandi yang mengaku berasal dari Jambi, pada hari Jumaat bersamaan 4 Ogos dia menaiki kenderaan awam menuju ke Tebo, Jambi. Malangnya semasa dalam perjalanan dia terlelap sehingga terlanjur ke Bengkulu.

Pemandu terpaksa membawanya ke Lubuklinggau dan diturunkan di depan Pemkab Musiwaras. Kemudian disuruh ke pejabat Dinas Sosial.

Namun kerana sudah kemalaman, dia tidak sempat ke Dinas Sosial. Semasa sedang mundar-mandir di jalanan dia terserempak dengan beberapa orang lelaki. 

Takut dituduh pencuri dia berundur tetapi dikejar. Terpaksalah dia lari lintang-pukang mengelak dicekup. Malam itu dia terpaksa tidur di atas pokok kelapa dan merancang untuk meneruskan perjalanan pada hari esok.

Malangnya sebelum sempat turun, tuan tanah sudah melihatnya. Kemudian jadi bahan tontonan warga desa. Siapa pun akan merasa takut berhadapan sekumpulan orang yang penuh rasa curiga.

Mungkin kalau turun ke bawah nasibnya akan berakhir seperti lelaki yang dituduh mencuri amplifier masjid. Di Indonesia memang banyak kes pencuri diadili di tangan warga hingga menemui ajal.

Daripada mati katak di tangan sekumpulan orang yang sedang amarah, lebih baik sengsara menahan lapar dahaga di atas pokok kelapa!

Ya! Akhirnya misteri terjawab. Semuanya disebabkan kecurigaan dan rasa takut. Akibat curiga warga desa mengejarnya malam itu.

 Sedangkan Suwandi si pemuda tampan alias ganteng ini takut diapa-apakan kerana mungkin dituduh pencuri. Jadi dia rasa lebih selamat bertenggek di atas pokok kelapa.

loading…

The post Pemuda Pelik…3 Hari 2 Malam Bertenggek Atas Pokok Kelapa appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pemuda Pelik…3 Hari 2 Malam Bertenggek Atas Pokok Kelapa

Sekianlah artikel Pemuda Pelik…3 Hari 2 Malam Bertenggek Atas Pokok Kelapa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemuda Pelik…3 Hari 2 Malam Bertenggek Atas Pokok Kelapa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/pemuda-pelik3-hari-2-malam-bertenggek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :