link : Pencuri buntu, duduk atas kerusi rumah mangsa dalam keadaan letih kerana cari pintu keluar tak jumpa
Pencuri buntu, duduk atas kerusi rumah mangsa dalam keadaan letih kerana cari pintu keluar tak jumpa
BALING – Usaha seorang pencuri melarikan barang berharga milik sebuah keluarga di Kampung Mengkuang Masjid, di sini tidak berjaya apabila gagal mencari pintu keluar rumah.
Pencuri buntu, duduk atas kerusi rumah mangsa dalam keadaan letih kerana cari pintu keluar tak jumpa
Menurut tuan rumah yang juga seorang pengamal perubatan, Omar Gul Hadzrat Gul, 77, kejadian berlaku Jumaat lalu kira-kira jam 1.15 pagi.
“Waktu tu saya nak keluar pi tandas, tiba-tiba perasan ada seorang lelaki kepala botak duduk atas kerusi di meja makan. Dia nampak macam letih.
“Pak Long tanya dia hang pencuri ka? Kenapa tak keluar? Dia jawab cari pintu keluar tak jumpa dan tak ingat masuk dari arah mana.
Omar Gul berkata, beliau terus pegang tangan pencuri itu dan menendang ke muka menyebabkan pencuri itu pengsan.
Katanya, pencuri itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Baling untuk tindakan lanjut.
Omar Gul berkata, sebelum ini ada empat orang pencuri cuba burung yang dibela di halaman rumahnya, namun tak sempat berbuat demikian kerana mengaku nampak laut dan tak dapat lari.
Beliau berkata, ayat suci al-Quran adalah kalimah paling hebat untuk menjadi pendinding kediaman daripada anasir jahat.
Isterinya, Hasnah Husain, 56, berkata, pencuri itu masuk melalui tingkap bilik tidur mereka yang tidak berkunci.
Menurutnya, barangan sempat diambil tapi tak sempat dilarikan ialah wang tunai berjumlah RM1,500, sekalung rantai, sebentuk cincin, empat telefon bimbit, sebuah pisau pemotong daging dan satu gigi taring buaya.
“Mujur semuanya selamat, waktu dia masuk dalam bilik memang tak ada siapa sedar. Rantai pula dia ambil dari atas katil,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian tersebut.
Sumber: Sinar
Demikianlah Artikel Pencuri buntu, duduk atas kerusi rumah mangsa dalam keadaan letih kerana cari pintu keluar tak jumpa
Anda sekarang membaca artikel Pencuri buntu, duduk atas kerusi rumah mangsa dalam keadaan letih kerana cari pintu keluar tak jumpa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/pencuri-buntu-duduk-atas-kerusi-rumah.html