link : Pengumuman 5 Skim Veteran ATM Bukti Penghargaan
Pengumuman 5 Skim Veteran ATM Bukti Penghargaan
SERI KEMBANGAN – Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai lima skim baharu bagi manfaat golongan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena perhimpunan veteran ATM 2017 hari ini merupakan penghargaan kerajaan kepada perwira-perwira negara yang telah banyak berkorban untuk negara ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pengumuman itu juga adalah sebahagian daripada beberapa insentif untuk anggota veteran yang akan diumumkan selepas ini.
“Pengumuman berkenaan merupakan sebahagian daripada agenda besar kita dan akan ada lagi insentif-insentif lain yang akan diumumkan kepada veteran ATM secara berperingkat.
“Saya berikrar akan menjaga kebajikan para veteran serta seluruh ahli keluarga mereka walaupun saya sedar bahawa apa yang saya usahakan ini terlalu kecil dan tidak akan pernah setimpal dengan jasa, bakti dan pengorbanan veteran ATM curahkan selama ini,” katanya ketika diminta mengulas lanjut berhubung pengumuman Perdana Menteri itu.
Beliau turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Najib atas pengumuman lima skim baharu kepada veteran ATM.
Hishammuddin juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pengumuman lima skim baharu kepada veteran ATM itu adalah “gula-gula” untuk memikat hati pengundi bagi Plihan Raya Umum (PRU) ke 14 nanti.
“Tuduhan-tuduhan sedemikian bukan sahaja menjelang pilihan raya malah sebelum ini pun ada maka jangan anggap segala usaha kerajaan buat sebagai usaha untuk ‘memancing’ undi pada PRU akan datang, apa yang diumumkan tadi akan diteruskan walaupun dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.
“Ia bukanlah perkara mudah untuk dibuat (merancang lima skim baharu veteran ATM) kerana ia adalah usaha kementerian saya bersama kepimpinan tertinggi ATM selama setahun lebih dan ia merupakan kaedah di luar kotak,” katanya.
Sementara itu, Hishammuddin berkata pihaknya juga hari ini menubuhkan sebuah pusat panggilan atau ‘call center’ yang akan menjadi saluran perhubungan khusus antara para veteran dan Jabatan Hal Ehwal Veteran.
“Melalui pusat panggilan ini, kita mahu mendengar segala masalah para veteran dan ahli keluarga mereka. Oleh itu, saya menjemput semua anggota veteran untuk memanfaatkan talian ini.
Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi, Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affendi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Affendi Buang.
Perdana Menteri hari ini mengumumkan inisiatif Bantuan Bakti Negara (BBN) yang akan dijadikan sebagai bantuan permulaan daripada kerajaan khas kepada veteran tidak berpencen.
Najib berkata skim BBN itu adalah lanjutan daripada pengenalan skim kepada veteran ATM yang diperkenalkan pada 2013 iaitu Skim Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia.
Menyampaikan berita baik itu di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) di sini, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada Tabung Pahlawan 2017 termasuk tambahan kuota veteran ATM untuk menunaikan haji daripada 100 orang sebelum ini kepada 400 orang tahun ini. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Pengumuman 5 Skim Veteran ATM Bukti Penghargaan
Anda sekarang membaca artikel Pengumuman 5 Skim Veteran ATM Bukti Penghargaan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/pengumuman-5-skim-veteran-atm-bukti.html