PM BERI ‘HADIAH’ RM200 JUTA BUAT ORANG LANGKAWI

PM BERI ‘HADIAH’ RM200 JUTA BUAT ORANG LANGKAWI - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM BERI ‘HADIAH’ RM200 JUTA BUAT ORANG LANGKAWI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM BERI ‘HADIAH’ RM200 JUTA BUAT ORANG LANGKAWI
link : PM BERI ‘HADIAH’ RM200 JUTA BUAT ORANG LANGKAWI

Baca juga


PM BERI ‘HADIAH’ RM200 JUTA BUAT ORANG LANGKAWI

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Digital Langkawi 2017, satu inisiatif untuk memangkinkan pembangunan ekonomi digital Kedah, di sini.

Di bawah program ini, pelbagai inisiatif akan dibangunkan yang antaranya termasuk aplikasi pelancongan Mycribbooking, aplikasi pemantauan keselamatan dan Cashless School, satu sistem pembayaran tanpa wang di sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia Kedah Datuk Norsabrina Mohd Noor menyifatkan pelaksanaan inisiatif ini sebagai satu hadiah terbesar kerajaan persekutuan pimpinan Najib kepada negeri Kedah.

“Inisiatif ini akan menjadi persediaan kita untuk menghadapi revolusi digital, “ katanya semasa berucap di majlis itu.

Menurutnya lebih RM200 juta telah diperuntukkan setakat ini untuk menjayakan inisiatif itu yang sekali gus menjadikan Langkawi sebagai pulau digital pertama di Malaysia. Norsabrina berkata masih banyak lagi projek-projek lain yang hendak dilaksanakan di bawah inisiatif dan memerlukan sokongan dan peruntukan berterusan khususnya daripada kerajaan persekutuan.

Sementara itu, Najib turut melawat beberapa ruang pameran yang disediakan sempena pelancaran Digital Langkawi ini, selain melancarkan i-muamalat, aplikasi mudah perbankan oleh Bank Muamalat.

Sebanyak 40 pempamer yang dibahagikan kepada kluster-kluster perkhidmatan dan inovasi; pendidikan dan penyelidikan; dan kerajaan dan kepenggunaan menyertai karnival dua hari itu di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, yang akan berakhir esok.

Program-program lain yang diadakan termasuk pembentangan produk dan inovasi ICT, ceramah, pengenalan aplikasi digital dan kempen-kempen #youcanduit dan MyDigitalMaker.


Demikianlah Artikel PM BERI ‘HADIAH’ RM200 JUTA BUAT ORANG LANGKAWI

Sekianlah artikel PM BERI ‘HADIAH’ RM200 JUTA BUAT ORANG LANGKAWI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM BERI ‘HADIAH’ RM200 JUTA BUAT ORANG LANGKAWI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/pm-beri-hadiah-rm200-juta-buat-orang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :