PM Najib Ucap Tahniah Penari Sabah Juara Dunia

PM Najib Ucap Tahniah Penari Sabah Juara Dunia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM Najib Ucap Tahniah Penari Sabah Juara Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM Najib Ucap Tahniah Penari Sabah Juara Dunia
link : PM Najib Ucap Tahniah Penari Sabah Juara Dunia

Baca juga


PM Najib Ucap Tahniah Penari Sabah Juara Dunia


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada sekumpulan penari Sabah yang baru-baru ini memenangi pingat emas dan Anugerah Pilihan Pengerusi di kejohanan Tarian Piala Dunia 2017 di Jerman.

“Adalah amat membanggakan melihat anak-anak muda negara, dari Kota Belud, Sabah ini mengibarkan bendera Malaysia di pentas antarabangsa, mengalahkan lebih 12,000 peserta dari 47 negara,” katanya dalam ucaptama di Forum Ekonomi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) 2017 di sini hari ini.

Terdahulu beliau dan peserta forum dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh penari-penari TOBISA-WindBreeze Dance Company, di bawah naungan Sabah United Tobilung Association.

Semasa pertandingan itu di Jerman pada 4 Julai, Matinin Sungkin, 17, daripada Persatuan Tobilung Bersatu Sabah, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, Kota Belud, memenangi pingat emas bagi kategori ‘Junior Solo’.

Selain Matitin, sekumpulan pelajar lagi daripada pelbagai sekolah di Kota Belud, yang mengambil bahagian dalam kumpulan 10 anggota penari, muncul bukan sahaja sebagai juara di bawah kategori Impak Tarian, tetapi juga sebagai pemenang Chairman’s Choice Award (Anugerah Pilihan Pengerusi).

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Mohd. Farihin Abdullah, 11, ialah pemenang pingat gangsa bagi kategori solo kanak-kanak (Solo Children National).

Najib berharap kesemua penari berkenaan akan terus mencapai kecemerlangan dalam bidang yang mereka minati itu. – BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel PM Najib Ucap Tahniah Penari Sabah Juara Dunia

Sekianlah artikel PM Najib Ucap Tahniah Penari Sabah Juara Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM Najib Ucap Tahniah Penari Sabah Juara Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/pm-najib-ucap-tahniah-penari-sabah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :