Rakam Anak Mandi, Bapa Dipenjara 4 Bulan

Rakam Anak Mandi, Bapa Dipenjara 4 Bulan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakam Anak Mandi, Bapa Dipenjara 4 Bulan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakam Anak Mandi, Bapa Dipenjara 4 Bulan
link : Rakam Anak Mandi, Bapa Dipenjara 4 Bulan

Baca juga


Rakam Anak Mandi, Bapa Dipenjara 4 Bulan


SEORANG bapa yang tidak dibenarkan didedahkan namanya oleh pihak mahkamah di Singapura telah dijatuhkan hukuman penjara selama empat bulan kerana merakam video anak perempuannya yang sedang mandi tahun lalu.

Kejadian berlaku pada Julai tahun lalu, lapor sebuah akhbar tempatan. Si bapa merupakan warganegara Malaysia berusia 48 tahun itu mengaku bersalah telah merakam video anak gadisnya yang sedang berbogel di kediaman sewa mereka dekat Toh Yi Drive, Singapura.

Menurut mangsa ketika kejadian, dia baru berusia 21 tahun. Dia ternampak sebuah telefon bimbit berwarna hitam yang diikat dekat bawah besen bilik mandi di rumahnya.

Kemudian barulah mangsa menyedari bahawa segala gerak gerinya di dalam bilik air itu dirakam melalui telefon bimbit tersebut.

Tanpa berfikir panjang, dia terus memberhentikan rakaman video itu dan menyelongkar isi kandungan telefon bimbit tersebut.

Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati lambakan rakaman video dirinya yang sedang berbogel di dalam telefon tersebut dan ada beberapa video yang menampakkan wajah bapanya ketika sedang membetulkan kedudukan telefon bimbit itu untuk dapatkan ‘angle’ yang sesuai.

Bapanya mengaku bersalah atas tindakan tidak bermoralnya itu dan katanya hanya bertujuan untuk simpanan peribadi sahaja. Tertuduh juga mengaku telah bergiat aktif menjalankan ‘hobi’ tersebut sejak dua minggu sebelum dirinya ‘ditangkap’ oleh anaknya.

Malah dia juga mengaku masih menyimpan klip video anaknya itu di dalam telefon bimbit yang telah hilang daripada simpanannya.

Akibat rasa malu yang menebal, mangsa telah berpindah ke rumah rakannya.

Selepas ‘kantoi’ mengintip anak perempuannya, tertuduh pernah cuba untuk membunuh diri di kediamannya di Blok 840, Jurong West Street 81, Singapura namun sempat ditahan oleh pihak berkuasa Singapura. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rakam Anak Mandi, Bapa Dipenjara 4 Bulan

Sekianlah artikel Rakam Anak Mandi, Bapa Dipenjara 4 Bulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakam Anak Mandi, Bapa Dipenjara 4 Bulan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/rakam-anak-mandi-bapa-dipenjara-4-bulan.html

Subscribe to receive free email updates: