Seorang Lagi Direman Berhubung Pembelian Hotel Di Kuching

Seorang Lagi Direman Berhubung Pembelian Hotel Di Kuching - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Lagi Direman Berhubung Pembelian Hotel Di Kuching, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Lagi Direman Berhubung Pembelian Hotel Di Kuching
link : Seorang Lagi Direman Berhubung Pembelian Hotel Di Kuching

Baca juga


Seorang Lagi Direman Berhubung Pembelian Hotel Di Kuching

PUTRAJAYA – Bekas pegawai khas kepada bekas pengerusi Felda direman lima hari bagi membantu siasatan pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak pada 2014.

Perintah reman sehingga 5 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  memfailkan permohonan hari ini.

Suspek berusia 51 tahun yang berpakaian lokap SPRM berwarna jingga serta bergari itu, tiba di mahkamah pada 2.20 petang dan nampak tenang.

Lelaki itu yang dibawa dari rumahnya di Kuala Lumpur pada 12.30 tengah malam oleh sepasukan pegawai SPRM, ditahan di ibu pejabat suruhanjaya tersebut di sini pada 4 pagi selepas  memberi keterangan.

Kes disiasat menurut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. Suspek diwakili peguam Fahmi Abdul Muin dan Muhammad Rafique Rashid Ali.

Penahanan terbaharu ini menjadikan empat orang telah ditahan SPRM setakat ini bagi membantu siasatan pembelian hotel tersebut.

Jumaat lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan agar satu kertas siasatan dibuka berhubung pembelian hotel berkenaan yang disyaki diperoleh pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Pada Ahad, seorang pengarah syarikat berusia 57 tahun direman enam hari (sehingga 4 Ogos) bagi membantu siasatan itu. Dia ditahan di pejabat SPRM Kuching pada Sabtu.

Pada Sabtu, dua pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel tersebut,  ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya selepas mereka hadir memberi keterangan.

Kedua-dua lelaki itu yang berusia 47 dan 51 tahun, ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Ogos ini. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Seorang Lagi Direman Berhubung Pembelian Hotel Di Kuching

Sekianlah artikel Seorang Lagi Direman Berhubung Pembelian Hotel Di Kuching kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Lagi Direman Berhubung Pembelian Hotel Di Kuching dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/seorang-lagi-direman-berhubung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :