SULTAN SELANGOR TIDAK BERKENAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS

SULTAN SELANGOR TIDAK BERKENAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SULTAN SELANGOR TIDAK BERKENAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SULTAN SELANGOR TIDAK BERKENAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS
link : SULTAN SELANGOR TIDAK BERKENAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS

Baca juga


SULTAN SELANGOR TIDAK BERKENAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak setuju ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dilantik dari kalangan ahli politik.

Baginda berkata ahli lembaga pengarah PKNS seharusnya seimbang dan dilantik dari kalangan mereka yang profesional.
“Mereka boleh memberi pandangan, buah fikiran, nasihat dan tunjuk ajar dalam sektor pembangunan dan hartanah,” katanya semasa merasmikan Ibu Pejabat PKNS semalam.

Sultan Sharafuddin turut berharap PKNS terus memainkan peranannya sebagai badan korporat untuk bersaing di peringkat global di samping bertanggungjawab membantu orang Melayu di Selangor yang berpendapatan rendah.

Baginda berkata peranan berkenaan hendaklah berterusan agar orang Melayu di negeri ini tidak terlalu ketinggalan.
“Perkara ini amat penting bagi memastikan keharmonian dan perpaduan antara kaum yang ada sekarang ini akan terus dikekalkan,” katanya.

Dalam ucapannya, Sultan Sharafuddin turut merasa dukacita kerana generasi baru kakitangan PKNS lupa mengenai fungsi asal penubuhan PKNS yang diasaskan oleh bekas Menteri Besar Selangor ke-8 Datuk Harun Idris.

“Ia bertujuan menolong orang Melayu berpendapatan rendah yang tinggal di Selangor untuk mendapatkan rumah yang selesa dan mampu milik.”

Sultan Sharafuddin turut percaya pengurusan PKNS akan kembali ke matlamat asalnya bagi meneruskan pembangunan dan kemajuan untuk rakyat Selangor.

“Dengan usaha PKNS menyediakan rumah mampu milik bagi orang Melayu berpendapatan rendah di Selangor, ia akan mengurangkan beban rakyat dan memenuhi impian mereka untuk memiliki rumah sendiri yang berkualiti pada harga yang mampu,” katanya.


Demikianlah Artikel SULTAN SELANGOR TIDAK BERKENAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS

Sekianlah artikel SULTAN SELANGOR TIDAK BERKENAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SULTAN SELANGOR TIDAK BERKENAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/sultan-selangor-tidak-berkenan-ahli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :