"Tiada negara di dunia buat untung dari perkhidmatan awam"

"Tiada negara di dunia buat untung dari perkhidmatan awam" - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Tiada negara di dunia buat untung dari perkhidmatan awam", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Tiada negara di dunia buat untung dari perkhidmatan awam"
link : "Tiada negara di dunia buat untung dari perkhidmatan awam"

Baca juga


"Tiada negara di dunia buat untung dari perkhidmatan awam"

Pembangkang selalu 'tembak peluru angin' seolah-olah kerajaan Malaysia yang dipimpin BN sejak merdeka ini 'haprak' sangat sampai nak ambik untung dari perkhidmatan awam.

Ini selepas penyokong pembangkang dok sebar tambang pengangkutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang siap pada 2024 adalah lebih RM2,000 satu trip.

Mana punya formula depa kira pun tak tau.

Tapi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau yakin kerajaan BN akan memperuntukkan sejumlah subsidi bagi menangggung sebahagian daripada tambang yang dikenakan terhadap pengangkutan awam tersebut, sama seperti perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).

“Tiada negara di dunia ini yang membuat keuntungan melalui perkhidmatan awam. Umpamanya MRT, saya difahamkan tidak kurang 50 peratus kerajaan menanggung subsidi untuk tambang bagi perkhidmatan itu.

“Kalau ikut kos (pembinaan) memang tinggilah dan dalam masa sama subsidi yang diberikan bergantung kepada kewangan kerajaan. Bagaimanapun, gaji rakyat akan sentiasa meningkat dan mereka kena realisitik. Apapun kita akan pastikan tambang yang dikenakan adalah berpatutan,” katanya.

Mengulas pembinaan ECRL di Kelantan, Mustapa berkata kerajaan persekutuan memperuntukkan kira-kira RM5 bilion untuk pengambilan 445 hektar tanah bagi pembinaan 70 kilometer (km) landasan serta lima stesen keretapi berkenaan.

“Pembinaan ECRL di Kelantan akan melalui dua fasa iaitu fasa pertama membabitkan pembinaan landasan kereta api sepanjang 46 km dari sempadan Terengganu-Kelantan dan pembinaan tiga stesen iaitu Tok Bali, Jelawat dan Tunjong. Fasa kedua pula membabitkan pembinaan landasan sepanjang 24 km dengan dua stesen iaitu di Wakaf Bharu dan Pengkalan Kubor,” katanya.

Mustapa berkata ECRL dijadual memulakan pembinaan stesennya di Tunjong pada hujung bulan ini membabitkan kawasan seluas lima hektar.

Projek mega ECRL yang melibatkan pembinaan landasan sepanjang 688 km dalam tempoh enam tahun dengan kos RM55 bilion, akan memendekkan masa perjalanan pergi-balik ke pantai timur Semenanjung, selain bakal menjadi pemangkin pertumbuhan serta kesan limpahan ekonomi dan impak sosial positif bagi negeri-negeri pantai timur.


Demikianlah Artikel "Tiada negara di dunia buat untung dari perkhidmatan awam"

Sekianlah artikel "Tiada negara di dunia buat untung dari perkhidmatan awam" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Tiada negara di dunia buat untung dari perkhidmatan awam" dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/tiada-negara-di-dunia-buat-untung-dari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :