Tomahan Dr Mahathir bakal makan diri

Tomahan Dr Mahathir bakal makan diri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tomahan Dr Mahathir bakal makan diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tomahan Dr Mahathir bakal makan diri
link : Tomahan Dr Mahathir bakal makan diri

Baca juga


Tomahan Dr Mahathir bakal makan diri

Usah dilayani serangan dan tohmahan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap  pemimpin UMNO kerana pemimpin itu memang terkenal dengan gaya politik mengecam kepada sesiapa yang tidak mengikut kehendaknya.

Felo Penyelidik,Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri melihat bekas Perdana Menteri itu menggunakan segala taktik kotor untuk menjatuhkan individu yang tidak tunduk atau mengikuti arahannya.

“Perkara ini banyak kali terjadi dan boleh kita lihat, Dr Mahathir sering kali akan mengecam kepada siapa yang tidak sebulu dengannya. Pendek kata siapa tak sependapat atau ingkar denganny akan menjadi musuh.

“Beliau akan menggunakan kedudukannya, pengaruhnya untuk menewaskan musuh politiknya jika sesuatu kepentingan politiknya tidak tercapai atau terganggu,” jelas Achmad ketika dihubungi oleh BNBBC.my portal pada Ahad.

Menurut Achmad, masyarakat jangan terlalu cepat mempercayai atau menghakimi sesuatu berita yang dikeluarkan melalui bekas Presiden UMNO itu kerana sejarah telah membuktikan Dr. Mahathir telah terbabit persengketaan dengan ramai tokoh politik.

“Siapa yang tak kenal Dr Mahathir, beliau secara terbuka menghantar surat mengkritik kredibiti Tunku Abdul Rahman sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri dahulu.

“Cerita pergaduhan beliau dengan timbalan-timbalannya seperti Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menjadi mangsa akibat tidak sependapat dengan beliau.

“Malah beliau pernah mengecam Tengku Razaleigh Hamzah serta menyerang kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kini beliau berusaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelas Achmad lagi

Kata Achmad lagi, Dr Mahathir akan menggunakan segala pengalaman politik yang beliau miliki untuk terus menjatuhkan musuhnya jika agenda dan kepentingan politik peribadinya tidak tercapai.

“Jadi tidak hairanlah, beliau mengeluarkan cerita kononnya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ada berjumpa dengannya untuk merampas jawatan ketua negara daripada tangan Najib.

“Ini adalah strategi Dr Mahathir untuk mewujudkan perasaan curiga antara kedua-dua pemimpin itu, sekaligus mencetuskan suasana berpuak-puak yang akhirnya akan memecah belahkan perpaduan UMNO,” jelasnya.

Lantaran itu, Achmad (foto) menasihati masyarakat tidak cepat melatah dengan serangan terbaru Dr Mahathir yang disifatkan sebagai terdesak untuk memulihkan momentum politik partinya dan PH.

“Kita telah lihat sejak akhir-akhir ini kedudukan populariti Najib melonjak berikutan beberapa kejayaan telah dilakar oleh Perdana Menteri itu.

“Dr Mahathir tahu sokongan rakyat dan BN kembali meningkat, dan ini membuatkan beliau semakin tertekan untuk meningkatkan momentum politik pembangkang yang kian merudum dan cacamarba,” jelasnya.

Tambah Achmad, rakyat masih tertanya dengan hala tuju PH berikutan masih gagal menamakan calon Perdana Menteri dari pembangkang jika berjaya menang pada PRU ke-14 nanti.

“Kita kalau nak beli barang pun mesti nak tengok keadaan barang tu, walaupun secara online pasti ada menunjukkan gambar barang tersebut.

“Sebenarnya rakyat juga takut untuk memperjudikan nasib negara jika memilih PH tetapi calon Perdana Menteri masih tidak dapat dilantik, kena tunggu pengampunan Di Raja barulah dapat lantik Anwar sebagai Perdana Menteri,” jelasnya.

Justeru itu, Achmad berpendapat segala tindak tanduk dan strategi Dr Mahathir kali ini tidak tepat dan bakal memakan dirinya bersama dengan pembangkang.


Demikianlah Artikel Tomahan Dr Mahathir bakal makan diri

Sekianlah artikel Tomahan Dr Mahathir bakal makan diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tomahan Dr Mahathir bakal makan diri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/tomahan-dr-mahathir-bakal-makan-diri.html

Subscribe to receive free email updates: