link : Tuduh Anwar terima rasuah, PKR gantung keahlian Manickavasagam dua tahun
Tuduh Anwar terima rasuah, PKR gantung keahlian Manickavasagam dua tahun
SHAH ALAM: Bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam hari ini digantung keahliannya di dalam PKR selepas didapati membuat tuduhan terhadap Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Notis penggantungan keahliaan selama dua tahun itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.
Manickavasagam sebelum ini mendakwa dirinya tidak dicalonkan parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu selepas Anwar menerima bayaran hampir RM400,000 dari seseorang individu.
"Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Biro Politik pada 1 Ogos 2017 telah membuat keputusan bahawa status keanggotaan saudara digantung bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa mulai dari tarikh surat ini dikeluarkan disebabkan tindakan saudara seperti berikut;
"Memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima wang RM300,000 hingga RM400,000 daripada OMS Thiyagarajan bagi tujuan tidak mencalonkan diri saudara (calon Parlimen Kapar) dalam satu ucapan yang diberikan di Kuil Sri Balathandayuthapani Kapar pada 8 April 2017," demikian memetik notis tersebut.
Menerusi notis itu juga dimaklumkan segala jawatan yang dipegang Manickavasagam di dalam parti dilucutkan.
Manickavasagam merupakan Pengerusi Biro Kemasyarakatan & Aduan Rakyat PKR.
Manickavasagam bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan terhadap Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
OMS Thiyagarajan yang dirujuk Manickavasagam sebagai seorang penyokong kuat PKR dan Anwar dan pernah diura-urakan sebagai calon kerusi parlimen di Selangor pada PRU13.

Demikianlah Artikel Tuduh Anwar terima rasuah, PKR gantung keahlian Manickavasagam dua tahun
Sekianlah artikel Tuduh Anwar terima rasuah, PKR gantung keahlian Manickavasagam dua tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tuduh Anwar terima rasuah, PKR gantung keahlian Manickavasagam dua tahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/tuduh-anwar-terima-rasuah-pkr-gantung.html