VIDEO SALAHUDDIN PAN MENGAMOK AZMIN JUMPA HJ HADI TANPA KEBENARANNYA

VIDEO SALAHUDDIN PAN MENGAMOK AZMIN JUMPA HJ HADI TANPA KEBENARANNYA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul VIDEO SALAHUDDIN PAN MENGAMOK AZMIN JUMPA HJ HADI TANPA KEBENARANNYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : VIDEO SALAHUDDIN PAN MENGAMOK AZMIN JUMPA HJ HADI TANPA KEBENARANNYA
link : VIDEO SALAHUDDIN PAN MENGAMOK AZMIN JUMPA HJ HADI TANPA KEBENARANNYA

Baca juga


VIDEO SALAHUDDIN PAN MENGAMOK AZMIN JUMPA HJ HADI TANPA KEBENARANNYA

Salahuddin Ayub mengingatkan PKR bahawa parti itu terikat dengan perjanjian bersama Pakatan Harapan dan sebarang rundingan dengan pihak lain perlu terlebih dahulu dirujuk kepada Mesyuarat Majlis Presiden PH.

“Itu adalah pandangan parti untuk mengadakan rundingan mana-mana pihak. Namun keputusan mesyuarat Presiden PH adalah mana-mana perundingan selepas tertubuhnya PH akan dibawa ke mesyuarat Majlis PH untuk dibuat keputusan.

“Itu persetujuan kita capai bersama,” katanya yang ditemui pemberita.

Salahuddin dipercayai merujuk kepada tindakan tiga pimpinan tertinggi PKR iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Azmin Ali dan Dr Shaharuddin Badaruddin yang mengadakan lawatan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu lalu.

Wan Azizah adalah Presiden PH, manakala Azmin pula adalah Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PH.

“Kehadiran Azmin dan Wan Azizah berjumpa dengan Hadi adalah suatu kunjungan biasa. Tidak berlaku di dalam itu apa-apa perundingan atau persetujuan,” ujar Salahuddin.

Sementara itu, Azmin dalam kenyataan terbaharu mengakui PKR masih berusaha untuk memujuk PAS, namun perkara itu dilakukan antara PKR dan PAS tanpa melibatkan PH.

“Setakat ini masih belum ada apa-apa keputusan lagi berkaitan perbincangan dengan PAS…perbincangan kerjasama dengan PAS ini hanya melibatkan PKR sahaja, bukan Pakatan Harapan.

“Ingin saya tegaskan, apa-apa perbincangan dengan PAS setakat ini merupakan inisiatif daripada PKR, ianya tiada kena-mengena dengan Pakatan Harapan.

“Saya tidak boleh mewakili Pakatan Harapan, sebab itu saya katakan inisiatif itu atas kapasiti PKR untuk mengekalkan kerjasama dengan PAS,” katanya.


Demikianlah Artikel VIDEO SALAHUDDIN PAN MENGAMOK AZMIN JUMPA HJ HADI TANPA KEBENARANNYA

Sekianlah artikel VIDEO SALAHUDDIN PAN MENGAMOK AZMIN JUMPA HJ HADI TANPA KEBENARANNYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel VIDEO SALAHUDDIN PAN MENGAMOK AZMIN JUMPA HJ HADI TANPA KEBENARANNYA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/video-salahuddin-pan-mengamok-azmin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :