Wanita Dipenjara Hasut Teman Lelaki Bunuh Diri

Wanita Dipenjara Hasut Teman Lelaki Bunuh Diri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Dipenjara Hasut Teman Lelaki Bunuh Diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Dipenjara Hasut Teman Lelaki Bunuh Diri
link : Wanita Dipenjara Hasut Teman Lelaki Bunuh Diri

Baca juga


Wanita Dipenjara Hasut Teman Lelaki Bunuh Diri


NEW YORK – Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) perlu menjalani hukuman penjara 15 bulan daripada dua tahun setengah yang dijatuhkan ke atasnya kerana menggalakkan teman lelakinya bunuh diri.

Michelle Carter yang berusia 20 tahun itu menangis ketika mendengar hukuman ke atasnya berhubung kematian Conrad Roy, yang meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida pada Julai 2014.

Dalam kes luar biasa yang dilihat sebagai permulaan baru di negeri yang tiada undang-undang menentang sokongan membunuh diri, Carter bertukar ratusan mesej teks dengan Roy, berulang kali menggesa mangsa meneruskan rancangan membunuh diri dan menyembunyikan daripada pengetahuan ibu bapanya.

Peguam menegaskan Carter, yang berusia 17 tahun ketika itu, mengalami gangguan kemurungan, mengambil ubat antikemurungan dan mengalami masalah pemakanan, yang mengaburi penilaiannya.

Dia berhadapan hukuman penjara 20 tahun ketika hukuman dijatuhkan di sebuah mahkamah juvana di Taunton, selatan Boston.

Namun Hakim Lawrence Moniz, yang mensabitkan Carter membunuh tanpa niat secara suka rela pada Jun, berkata penting menyeimbangkan hukuman dan proses pemulihan bagi peranannya dalam kes kematian Roy yang berlaku dalam trak pikap di tempat letak kereta.

Moniz berkata, selepas 15 bulan di dalam penjara, baki hukumannya digantung sehingga 1 Ogos 2022.

Hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan. – AFP/BH ONLINE
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Wanita Dipenjara Hasut Teman Lelaki Bunuh Diri

Sekianlah artikel Wanita Dipenjara Hasut Teman Lelaki Bunuh Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Dipenjara Hasut Teman Lelaki Bunuh Diri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/wanita-dipenjara-hasut-teman-lelaki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :