Wow… Jepun Temui Formula Lambatkan Ais Krim Cair

Wow… Jepun Temui Formula Lambatkan Ais Krim Cair - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wow… Jepun Temui Formula Lambatkan Ais Krim Cair, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wow… Jepun Temui Formula Lambatkan Ais Krim Cair
link : Wow… Jepun Temui Formula Lambatkan Ais Krim Cair

Baca juga


Wow… Jepun Temui Formula Lambatkan Ais Krim Cair


SIAPA sangka pada tahun 2017 sudah ada aiskrim lambat cair di dunia. Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Perkembangan Bioterapi di Kanazawa, Jepun telah menemui jalan penyelesaiannya secara tidak sengaja.

Haaa…macam mana tu? Dengar-dengarnya masalah aiskrim cepat cair ni dapat diatasi dengan menggunakan polifenol yang terdapat dalam buah strawberi. Hasilnya, aiskrim tidak cair selama berjam-jam lamanya walaupun dalam keadaan cuaca panas.


Dikhabarkan, penemuan itu diperolehi apabila seorang chef pastri diminta untuk mencipta manisan baru dengan menggunakan polifenol oleh pusat penyelidikan berkenaan.

Ia bagi mencari faedah lain yang boleh dimanfaatkan melalui buah strawberi yang tidak hanya mengehadkan kegunaannya sebagai buah-buahan segar semata-mata.

Hasil daripada ciptaan manisan baru itu, chef tersebut telah membuktikan yang polifenol tidak sesuai untuk manisan sebaliknya ia merupakan bahan untuk menjadikan aiskrim tahan lebih lama sekaligus mengurangkan kadar pencairan.


“Cecair polifenol mempunyai ciri-ciri yang menyebabkan air dan minyak sukar dipisahkan,” kata Tomihisa Ota, pensyarah di Universiti Kanazawa.

Takeshi Toyodo yang juga presiden pusat penyelidikan berkenaan mengesahkan bentuk aiskrim dapat dikekalkan walaupun terdedah dengan udara panas dari pengering rambut.

Hal ini turut mendapat persetujuan daripada wartawan Jepun, Asashi Shimbun yang telah pun membuat kajian mereka sendiri dengan mendedahkan aiskrim kepada haba pada suhu kira-kira 28 darjah celsius dan mendapati bentuk aiskrim itu masih kekal seperti lima minit sebelumnya.


Disebabkan penemuan baru ini, Pusat Penyelidikan Perkembangan Bioterapi itu membuat keputusan untuk menjual aiskrim tersebut di kedai Kanazawa Ice dan bercadang untuk menambah cawangan di Tokyo dan Osaka. Aiskrim ini juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang comel tau!

Bagi sesiapa yang ingin merasa aiskrim lambat cair ini, bolehlah ke Jepun ya! Kenapa Jepun? Sebab di Jepun saja aiskrim ini boleh ditemui. – MYNEWSHUB.CC / Aisyah Karim
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Wow… Jepun Temui Formula Lambatkan Ais Krim Cair

Sekianlah artikel Wow… Jepun Temui Formula Lambatkan Ais Krim Cair kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wow… Jepun Temui Formula Lambatkan Ais Krim Cair dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/wow-jepun-temui-formula-lambatkan-ais.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :