‘ZIARAH HADI’: PKR TIDAK YAKIN DENGAN PPBM DAN PAN – ANUAR

‘ZIARAH HADI’: PKR TIDAK YAKIN DENGAN PPBM DAN PAN – ANUAR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘ZIARAH HADI’: PKR TIDAK YAKIN DENGAN PPBM DAN PAN – ANUAR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘ZIARAH HADI’: PKR TIDAK YAKIN DENGAN PPBM DAN PAN – ANUAR
link : ‘ZIARAH HADI’: PKR TIDAK YAKIN DENGAN PPBM DAN PAN – ANUAR

Baca juga


‘ZIARAH HADI’: PKR TIDAK YAKIN DENGAN PPBM DAN PAN – ANUAR

Kunjungan pimpinan PKR terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh dianggap sebagai ‘cubaan’ untuk memujuk kembali parti berkenaan agar bersama dengan pakatan harapan dalam mendepani cabaran pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap berkata secara langsung memperlihatkan bahawa Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mendapat kepercayaan penuh daripada PKR sebagai rakan sekutu mereka di dalam pakatan harapan.

Menurut beliau secara tersurat dan tersirat terserlah sebenarnya PKR masih mengharapkan penyertaan Pas bersama mereka kerana sedar dan tahu bagaimana peranan Pas dan tidak meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap keupayaan PPBM dan juga PAN dalam meraih sokongan sekaligus meningkatkan populariti pakatan harapan.

“Ziarah tu baguslah…tetapi nampaknya usaha berterusan PKR untuk terus memujuk nampaknya masih ada walaupun sebelum ini Pas sudah berkerat rotan dan berpatah arang apabila memutuskan tahalluf siyasi dengan PKR.

“Keduanya sudah pasti pertemuan berkenaan akan menimbulkan resah dan gelisah dikalangan sekutu pakatan harapan dan bukan perkara yang mustahil wujud perasaan curiga mencurigai antara satu dengan yang lain sesama mereka.

“Cuma yang pasti nampaknya PKR terus bersandiwara dan cukup bijak bermain wayang dalam soal sebegini,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta naib presiden parti itu Dr Shaharuddin Badaruddin mengunjungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Sabtu malam.

Gambar pertemuan itu dikongsikan Abdul Hadi menerusi laman facebook rasminya.

“Menerima kunjungan ziarah oleh pimpinan PKR pada malam ini di Kuala Lumpur,” tulis Abdul Hadi di laman facebooknya itu.

Anuar yang juga Exco Pemuda UMNO seterusnya menegaskan daripada aspek lain pertemuan itu juga boleh dianggap sekadar wayang dalam usaha untuk terus menerus mempergunakan Pas dalam PRU nanti.

Sekurang-kurangnya jelas beliau, kunjungan tersebut boleh menyejukkan hati dan perasaan pendokong serta penyokong Pas yang akhirnya boleh memberi manfaat kepada pakatan harapan khususnya terhadap PKR itu sendiri.

“Namun kita penuh yakin dan percaya bak kata pepatah…takkan Pas mahu dipatuk ular kali kedua di tempat yang sama. Itulah yang kita nampak dan itulah tanggapan kita,” katanya. – MediaUMNO


Demikianlah Artikel ‘ZIARAH HADI’: PKR TIDAK YAKIN DENGAN PPBM DAN PAN – ANUAR

Sekianlah artikel ‘ZIARAH HADI’: PKR TIDAK YAKIN DENGAN PPBM DAN PAN – ANUAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘ZIARAH HADI’: PKR TIDAK YAKIN DENGAN PPBM DAN PAN – ANUAR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/ziarah-hadi-pkr-tidak-yakin-dengan-ppbm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :