link : Ajal di lorong kecemasan lebuh raya
Ajal di lorong kecemasan lebuh raya
Seorang anggota trafik berpangkat sarjan meninggal dunia di Kilometer 70.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, di sini selepas memberhentikan keretanya untuk muntah di lorong kecemasan petang tadi.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadiaan itu pada jam 5 petang.
Menurutnya, hasil siasatan pada kad pengenalan mangsa mendapati lelaki terbabit adalah anggota Traffik yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Sarjan Marzuki Ab Bakar, 52.
Katanya, sebelum kejadiaan, peronda Plus ternampak sebuah kereta berhenti di lorong kecemasan di KM70. 8 arah utara.
“Petugas lihat kenderaan mangsa di lorong kecemasan lalu mereka berhenti untuk memberi bantuan.
“Menurut mereka terdapat seorang lelaki berada dalam kereta terbabit dan sedang muntah-muntah.
“Bagaimanapun, apabila peronda Plus bertanyakan keadaannya, lelaki itu menjawab ‘saya okay’ lalu peronda PLUS meneruskan rondaan,” katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun, sebaik sahaja mereka berpatah balik, kereta terbabit masih di lokasi sama dan setelah dihampiri mereka mendapati lelaki iti sudah meninggal dunia.
Katanya, hasil siasatan mendapati arwah sememangnya mempunyai masalah kesihatan iaitu mengalami ketumbuhan di kepala dan sedang menjalani rawatan.
“Jenazah diserahkan kepada ahli keluarganya di Kulim untuk urusan pengebumian dan majlis pengebumian dijangka pada esok pagi,” katanya.
The post Ajal di lorong kecemasan lebuh raya appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Ajal di lorong kecemasan lebuh raya
Anda sekarang membaca artikel Ajal di lorong kecemasan lebuh raya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/ajal-di-lorong-kecemasan-lebuh-raya_12.html