Aktivis pembangkang 'geram' dengan dolak dalik Anwar

Aktivis pembangkang 'geram' dengan dolak dalik Anwar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aktivis pembangkang 'geram' dengan dolak dalik Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aktivis pembangkang 'geram' dengan dolak dalik Anwar
link : Aktivis pembangkang 'geram' dengan dolak dalik Anwar

Baca juga


Aktivis pembangkang 'geram' dengan dolak dalik Anwar

Gerakan Aktivis Harapan (GAH) membidas ketuanya sendiri ekoran kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merestui usaha kerjasama PKR dengan PAS.

Jurucakapnya, Zanirun Baba berkata, merestui tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berbincang dengan PAS tidak ubah seperti permit menghalalkan hubungan gelap dengan Pas walapun presidenya sudah menandatangani persetujuan untuk menolak sebarang rundingan dengan PAS.

“Daripada kenyataan itu, GAH melihat seolah-olah Anwar mahu membuka semula sekatan yang telah dipersetujui PH untuk membolehkan Azmin Ali mengadakan rundingan semula bersama Pas atas alasan kerangka (framework) di dalam PH.

“Persoalannya kerangka itu telah pun wujud keluarga besar di dalam PH dan segala gerak kerja pilihanraya adalah secara muafakat didalamnya. Apakah ini kurang jelas? Kerangka apakah yang mahu dirumitkan lagi?

“Anwar membangkitkan isu tidak sempat mengadakan EGM atau Kongres Khas dan ia tidak mengubah dasar. Bagaimana Ketua Umum tahu dasarnya kekal atau tidak sedangkan kongres ini sememangnya bertujuan menentukan halatuju iaitu polisi bagi memantapkan rundingan kerjasama politik antara parti-parti poltik diluar PKR,” katanya.

Menurut Zanirun, umum mengetahui bahawa Pas bukan sekadar menyindir, menghina malah menolak secara rasmi melalui muktamarnya untuk berpisah dengan PKR.

Umum juga mengetahui PAS mempunyai hubungan lebih akrab dari segi politik dan strategiknya dengan UMNO, katanya.

“Apakah parti pimpinan Anwar sudah hilang daya saingan, nilai dan maruah kerana hanya kebulur, terliur bagai orang hilang pedoman menanti harapan daripada bekas pasangan yang sudah bercerai?” soalnya.


Demikianlah Artikel Aktivis pembangkang 'geram' dengan dolak dalik Anwar

Sekianlah artikel Aktivis pembangkang 'geram' dengan dolak dalik Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aktivis pembangkang 'geram' dengan dolak dalik Anwar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/aktivis-pembangkang-geram-dengan-dolak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :