ANWAR PUNCA PKR BERPECAH SEHINGGA JEJASKAN PAKATAN, KATA AKTIVIS

ANWAR PUNCA PKR BERPECAH SEHINGGA JEJASKAN PAKATAN, KATA AKTIVIS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ANWAR PUNCA PKR BERPECAH SEHINGGA JEJASKAN PAKATAN, KATA AKTIVIS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ANWAR PUNCA PKR BERPECAH SEHINGGA JEJASKAN PAKATAN, KATA AKTIVIS
link : ANWAR PUNCA PKR BERPECAH SEHINGGA JEJASKAN PAKATAN, KATA AKTIVIS

Baca juga


ANWAR PUNCA PKR BERPECAH SEHINGGA JEJASKAN PAKATAN, KATA AKTIVIS

CARA Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengurus kepimpinan semenjak dipenjarakan punca mengapa parti itu berpecah teruk hari ini sehingga menjejaskan Pakatan Harapan (PH), kata aktivis sosial Hishamuddin Rais.Bekas pemimpin gerakan mahasiswa era 70-an itu berkata, walaupun perbezaan pendapat dirayakan dalam demokrasi, apa yang berlaku dalam PKR hari ini akan mengganggu Pakatan Harapan pada saat dan masa kritikal menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Pada hemat saya perbezaan pendapat ini berpunca dari cara dan pendekatan atau method Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengendali dan mengurus pimpinan,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insight.“Contohnya: Dalam satu perkara yang sama Anwar memberi pandangan, memberi arahan yang berbeza-beza dari satu sosok kepada yang lain.“Misalnya kepada Si Polan A Anwar telah memberi pandangan lain dari yang diberi kepada kepada Si Polan B. Dan agak berbeza juga dari yang diterima oleh Si Polan C.”

Hishamuddin yang merupakan narasumber kepada Bersih 2.0 mengulas pergolakan terbaru PKR dalam isu kerjasama dengan PAS.Menurut Hishamuddin, pendekatan kepimpinan Anwar yang memberikan arahan berbeza kepada setiap pemimpin bukanlah satu pendekatan baik.“Cara atau method dan pendekatan memimpin seperti ini tidak baik. Ianya tidak melahirkan keputusan yang kompak dan tuntas.

“Hasilnya ialah cerai berai,” kata Hishamuddin yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 kerana menyokong gerakan reformasi anjuran Anwar.Anwar pada Sabtu mengeluarkan kenyataan bagi menenangkan penyokong PKR dalam isu kerjasama dengan PAS.Disebabkan kenyataan Anwar tidak begitu jelas, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengeluarkan “tafsirannya” mengenai apa yang beliau fahami.

Sementara itu, peguam PKR Latheefa Koya juga mengeluarkan tafsirannya mengenai kenyataan Anwar melalui laman sosial Facebook.Hishamuddin berkata, disebabkan Anwar berada dalam penjara, maklumat diperolehinya terhad bagi membuat keputusan politik yang tepat.“Penjara memustahilkan Anwar daripada dapat membuat keputusan dan mengeluarkan pandangan tentang politik harian yang betul dan tepat.

“Dalam penjara maklumat sampai terputus-putus. Pengalaman dalam penjara membuktikan bahawa maklumat yang sampai bukan saja tidak tuntas malah ada kemungkinan dimasuki oleh ‘aji-no-moto’,” katanya.Katanya, daripada terus menyebabkan PKR berpecah belah sehingga menjejaskan PH, Anwar seharusnya memanfaatkan masa lapangnya untuk membaca, menulis dan berfikir untuk melahirkan magnum opus yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Magnum opus merupakan istilah Latin merujuk kepada karya besar atau karya agung.
“Nelson Mandela juga juga seorang komunis dari Afrika Selatan yang melahirkan A Long Walk To Freedom- hasil dari penjara. Menjadi bacaan wajib untuk aktivis politik hingga ke hari ini.
“Anwar Ibrahim wajib sedar tentang Julai 2018. Pada hari itu Anwar wajib telah bersedia dengan ‘magnum opus’ dari dirinya untuk dihadiahkan kepada rakyat Malaysia pada Julai 2018.

“Magnum opus Anwar Ibrahim ditunggu oleh rakyat. Rakyat tidak mahu lagi mendengar kisah dirinya disepak atau dirinya dibogelkan atau dirinya dihina. Zaman kisah itu sudah tamat,” katanya.


Demikianlah Artikel ANWAR PUNCA PKR BERPECAH SEHINGGA JEJASKAN PAKATAN, KATA AKTIVIS

Sekianlah artikel ANWAR PUNCA PKR BERPECAH SEHINGGA JEJASKAN PAKATAN, KATA AKTIVIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ANWAR PUNCA PKR BERPECAH SEHINGGA JEJASKAN PAKATAN, KATA AKTIVIS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/anwar-punca-pkr-berpecah-sehingga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :