Azhar, Adira tersingkir AF Megastar

Azhar, Adira tersingkir AF Megastar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azhar, Adira tersingkir AF Megastar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azhar, Adira tersingkir AF Megastar
link : Azhar, Adira tersingkir AF Megastar

Baca juga


Azhar, Adira tersingkir AF Megastar

DUA penyanyi iaitu Azhar dan Adira menjadi peserta pertama tersingkir pada konsert pertama AF Megastar yang berlangsung di Shah Alam, malam tadi.

Azhar dan Adira terlebih dahulu diumumkan sebagai tiga peserta yang berada di kedudukan tiga terbawah bersama penyanyi Amir Jahari.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, keputusan menyingkirkan dua peserta memang sudah dirancang lebih awal.

“Untuk AF Megastar ini kami ada lapan minggu saja. Jadi memang perlu ada dua penyingkiran. Malah ada beberapa minggu lagi kami akan berbuat perkara sama.

“Kalau boleh kami mengharapkan lima atau enam peserta ke peringkat akhir,” katanya.

Sementara itu, Syafinaz Selamat selaku juri profesional beranggapan dua peserta yang tersingkir mempamer persembahan yang kurang menarik.

“Ada tiga juri terbabit selain terdapat undian penonton. Pemarkahan kami berdasarkan persembahan mereka malam ini. Walaupun mereka seorang penyanyi, tetapi kami perlu kritik.

“Apa saya boleh katakan, persembahan mereka tidak berjaya menarik perhatian juri. Malah tidak dinafikan, terdapat persembahan perserta lain yang tidak mencapai piawaian kami,” katanya.

Pada persembahan itu, Azhar menyanyikan lagu Dalam Gerimis sementara Adira menyampaikan lagu Ikut Rentakku nyanyian asal Jaclyn Victor.

Selepas undian ditutup, Azhar mendapat markah 17.1 peratus dan Adira 29.3 peratus.

Format penjurian menggunakan 60 peratus daripada juri profesional dan 40 peratus lagi undian penonton.

Sebelum persembahan, Azhar berada di kedudukan tercorot dengan mendapat dua peratus dan Adira pula di kedudukan kesembilan dengan markah lima peratus.

Pada konsert pertama, Syamel diumumkan sebagai ‘Star of The Week’ selain mendapat kedudukan pertama dengan 58.6 peratus.

The post Azhar, Adira tersingkir AF Megastar appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Azhar, Adira tersingkir AF Megastar

Sekianlah artikel Azhar, Adira tersingkir AF Megastar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azhar, Adira tersingkir AF Megastar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/azhar-adira-tersingkir-af-megastar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :