Azhar Enggan Lagi Bercinta Dengan Artis

Azhar Enggan Lagi Bercinta Dengan Artis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azhar Enggan Lagi Bercinta Dengan Artis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azhar Enggan Lagi Bercinta Dengan Artis
link : Azhar Enggan Lagi Bercinta Dengan Artis

Baca juga


Azhar Enggan Lagi Bercinta Dengan Artis

PENYANYI Azhar kini lebih terbuka berkongsi kisah cinta selepas dikatakan hubungannya dengan penyanyi Amira Othman berakhir pada tahun lalu.

Menurut Azhar, 29, dia lebih selesa memilih teman wanita yang bukan rakan artis.

“Saya dalam fasa percintaan dengan gadis dikenali Syu, memang kalau boleh saya mahukan seorang teman wanita yang bukan dalam industri hiburan.

“Sejujurnya saya tak serik bercinta dengan artis, cumanya saya menggunakan pengalaman yang ada untuk kebaikan akan datang.

“Apabila bercinta dengan orang luar daripada bidang ini, banyak perkara yang boleh dibualkan dan tidaklah asyik bercerita mengenai kerja sahaja,” katanya.

“Saya Panggil Dia Syu” – Azhar

Terdahulu penyanyi ini mengakui sedang dalam proses mengenali hati seorang gadis ..

Bercakap mengenai perancangan berumah tangga, Azhar meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujang sebelum usianya menginjak 32 tahun.

Walau bagaimanapun, buat masa ini dia belum merancang ke arah itu lagi.

“Kalau boleh saya nak berkahwin dalam usia 31 tahun, kiranya umur begitu dah sesuai untuk saya memikirkan masa depan.

“Sebagai lelaki, pastinya kita mahu membina keluarga bahagia, namun semuanya bergantung kepada takdir dan jodoh,” katanya.

Sementara itu, Azhar berkata dia tidak menyangka dirinya tersenarai dalam 12 penyanyi yang layak meneruskan perjuangan di pentas AF Megastar.

Meskipun ada suara sumbang yang mempertikaikan pemilihannya, Azhar mahu membuktikan tanggapan netizen salah dan dia sememangnya layak berada dalam kelompok 12 terbaik itu.

“Biarlah orang nak kata apa pun, saya akan cuba buat sehabis baik minggu ini dan buktikan kepada mereka di luar sana yang saya layak untuk berada di pentas ini.

“Saya tidak akan sia-siakan peluang ini dan berjanji untuk memberikan persembahan terbaik.

“Malah kekasih, keluarga dan peminat merupakan sumber kekuatan dan semangat untuk terus bersaing dalam program ini,” kata bekas ahli kumpulan duo Azhael ini.

Dalam AF Megastar, Azhar bersaing dengan 11 lagi peserta iaitu Syamel, Indah Ruhaila, Bob, Idayu, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufi, Ewal dan Marsha.

Konsert AF Megastar bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (135) pada setiap hari Ahad, 9 malam.

The post Azhar Enggan Lagi Bercinta Dengan Artis appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Azhar Enggan Lagi Bercinta Dengan Artis

Sekianlah artikel Azhar Enggan Lagi Bercinta Dengan Artis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azhar Enggan Lagi Bercinta Dengan Artis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/azhar-enggan-lagi-bercinta-dengan-artis.html

Subscribe to receive free email updates: