‘AZMIN PELAWA PESTA ARAK KE SELANGOR’...BIAR BETUL NI?

‘AZMIN PELAWA PESTA ARAK KE SELANGOR’...BIAR BETUL NI? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘AZMIN PELAWA PESTA ARAK KE SELANGOR’...BIAR BETUL NI?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘AZMIN PELAWA PESTA ARAK KE SELANGOR’...BIAR BETUL NI?
link : ‘AZMIN PELAWA PESTA ARAK KE SELANGOR’...BIAR BETUL NI?

Baca juga


‘AZMIN PELAWA PESTA ARAK KE SELANGOR’...BIAR BETUL NI?

Penganjur pesta arak ‘Better Beer Festival’ perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) jika mahu memindahkan lokasi penganjuran festival itu ke Selangor, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata pendirian kerajaan negeri adalah menghormati adat resam dan budaya kaum-kaum yang membentuk rakyat Malaysia, bagaimanapun undang-undang perlu dipatuhi.

“Secara dasarnya kami (kerajaan negeri) menghormati dan memelihara hak kaum minoriti tetapi perlu patuh terhadap undang-undang sedia ada,” katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan negeri akan membenarkan pesta arak berkenaan dianjurkan di Selangor.

Beliau ditemui selepas merasmikan Selangor Bio Bay yang akan dibangunkan oleh Central Spectrum Sdn Bhd di Pulau Indah, di sini hari ini.

Pada Isnin lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta berkenaan atas sebab keselamatan selain ia bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.

Pesta berkenaan sepatutnya diadakan pada 6 dan 7 Okt ini di pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur dengan menampilkan 250 jenama arak dari 43 kilang di seluruh dunia.

Pada Jumaat lalu, gabungan 25 badan bukan kerajaan (NGO) Selangor telah menghantar memorandum memohon agar Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah campur tangan sekiranya penganjur pesta arak tersebut mahu mengubah lokasi penganjurannya ke negeri itu. — Bernama


Demikianlah Artikel ‘AZMIN PELAWA PESTA ARAK KE SELANGOR’...BIAR BETUL NI?

Sekianlah artikel ‘AZMIN PELAWA PESTA ARAK KE SELANGOR’...BIAR BETUL NI? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘AZMIN PELAWA PESTA ARAK KE SELANGOR’...BIAR BETUL NI? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/azmin-pelawa-pesta-arak-ke-selangorbiar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :