link : Baby Shower, Jovian Pakai ‘Skirt Tutu’
Baby Shower, Jovian Pakai ‘Skirt Tutu’
Wow, meriah betul majlis baby shower Nina Ismail Sabri. Nampaknya pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie sudah bersedia menjadi bapa kepada anak perempuan yang bakal lahir nanti.
Majlis yang bertemakan putih dan pink pastel itu dihadiri keluarga dan teman rapat. Antara rakan selebriti yang hadir pada majlis tersebut ialah Lisa Surihani.
Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Jovian dan Nina, dilihat masing-masing ada memuatnaik satu gambar sekitar majlis tersebut menerusi akaun Instagram.
Apa yang menarik sepanjang majlis, Jovian yang memakai skirt tutu sambil menari turut mendapat perhatian pengikut IGnya.
“Being a parent is about loosing your ego and ever willing to do anything for your wife and child. So here’s to many more ballet dancing in the future for my first lil princess @mandagie_jr. Daddy’s ready to teach you ballet! Hahahaha #JNMBabyShower.” Tulisnya di kapsyen.
Apapun Nina kelihatan cantik dan manis berseri mengenakan busana berwarna pink pastel manakala Jovian memakai kameja putih dan seluar berona pink pastel sedondon dengan isterinya.
Keterujaan Nina dan Jovian yang menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak mereka yang pertama tidak lama lagi jelas terpancar di wajah mereka.
Semoga segala proses kelahiran nanti akan berjalan dengan lancar.
The post Baby Shower, Jovian Pakai ‘Skirt Tutu’ appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Baby Shower, Jovian Pakai ‘Skirt Tutu’
Anda sekarang membaca artikel Baby Shower, Jovian Pakai ‘Skirt Tutu’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/baby-shower-jovian-pakai-skirt-tutu.html