Detik romantis menjadi

Detik romantis menjadi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Detik romantis menjadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Detik romantis menjadi
link : Detik romantis menjadi

Baca juga


Detik romantis menjadi

Filem arahan Eyra ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Pertama dari segi idea, walaupun secara asasnya agak klise dengan cerita cinta biasa tapi garapannya lebih santai dan mudah dihadam.

Penonton pasti tertarik pada premis dan set yang cantik, ringkas dan mempunyai palet warna yang tersendiri. Palet warna pada premis dan set, diceriakan lagi dengan kepelbagaian karakter yang wujud.

Dialog filem kebanyakannya juga ringkas dan serasi dengan babak. Apatah lagi lakonan Kamal Adli dan Tiz Zaqyah menjadikan setiap babak romantis terhasil dengan ceria.

Begitu juga watak lain membabitkan Vicha Saywho dan Anam Azizani yang mempunyai lontaran rasa ceria tersendiri. Ditambah pula dengan lagu runut yang menarik dan ceria, menjadikan penceritaan Kolestrol VS Cinta lebih ‘catchy’.

Pun begitu, filem ini tetap mempunyai beberapa eleman yang mungkin ‘terlupa’ untuk disuntik. Tidak pasti disebabkan kesan suntingan atau sebaliknya, garapan setiap babak terlalu ringkas.

Babak ke babak tidak diberi ruang untuk berkembang dengan sempurna. Kesudahannya hilang sedikit proses momen untuk berkembang dalam diri penonton.

Watak juga tidak diperkembangkan dengan baik. Mereka seolah-olah mahu cepat habis kerana perlu ke babak seterusnya.

Paling jelas pada babak bibit cinta antara Irfan (Kamal) dan Krisya (Tiz). Tanpa penjelasan kukuh dan boleh dipercayai, cinta mereka tiba-tiba saja berputik sehinggakan hanya disebabkan satu dua ayat diungkapkan Irfan, Krisya terus angau.

Begitu juga babak Ardell yang tiba-tiba saja ada isu dengan bapanya tetapi diselesaikan dengan satu nasihat daripada dua rakan baiknya.

Satu lagi perkara ialah elemen ‘product placement’ (peletakan produk tajaan) yang agak keterlaluan sehinggakan hampir mengganggu momen perbualan mereka.

Jika dilihat pada filem bertih jagung sedia ada, elemen peletakan produk tajaan memang wujud tetapi ia tidaklah terlalu ditekankan. Mungkin pengarah boleh cari formula lain selepas ini.

Dari segi teknikal, walaupun kerja kamera filem antara terbaik pernah dihasilkan, beberapa babak yang babitkan ‘close-up’ pada wajah watak tidak sesuai di layar lebar. Ia tidak

saja membuatkan penonton pening tetapi pada masa sama, menampakkan kelemahan ketara pada riak wajah pelakon.

Pun begitu, filem ini boleh dianggap antara filem komedi romantis yang wajar jadi pilihan tontonan pasangan baru bercinta.

The post Detik romantis menjadi appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Detik romantis menjadi

Sekianlah artikel Detik romantis menjadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Detik romantis menjadi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/detik-romantis-menjadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :