Di sebalik kejayaan Kamal Adli

Di sebalik kejayaan Kamal Adli - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Di sebalik kejayaan Kamal Adli, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Di sebalik kejayaan Kamal Adli
link : Di sebalik kejayaan Kamal Adli

Baca juga


Di sebalik kejayaan Kamal Adli

PELAKON popular, Kamal Adli mengakui tertekan menjalani penggambaran drama bersiri, Duda Pujaan Dara. Katanya, ekoran beberapa masalah dalaman dan teknikal  proses penggambaran mengalami sedikit kesukaran.

“Jika tiada sebarang masalah, penggambaran sepatutnya tamat Khamis lepas. Sekarang, kami semua terkejar-kejar. Macam, kalau shoot hari ni, lusa dah tayang.

“Saya sendiri pun serabut kepala sebab terkejar-kejar. Ini pun saya rayu produksi lepaskan sekejap (bagi tayangan filem Kolestrol vs Cinta),” katanya kepada Media Hiburan.

Pun begitu, selebriti berusia 31 tahun ini mampu menarik nafas lega apabila drama adaptasi novel itu menerima sambutan memberangsangkan.

“Saya tak salahkan produksi, sebab job ni pun agak lambat propose. Jadi, kami semua pun bekerja secara selamba. Saya faham situasi mereka. Tapi, nasib baiklah dapat feedback positif daripada penonton.

“Malangnya, drama ini hanya 12 episod,” katanya sambil ketawa.

Selain Kamal, drama arahan Jamal Khan ini yang mula disiarkan di Astro Ria (104) pada 4 September turut dibintangi Zahirah MacWilson, Nazierah Amin dan Aprena Manrose.

Dalam pada itu, Kamal mengakui selesa dapat bekerja kembali dengan aktres popular, Tiz Zaqyah menerusi filem komedi romantik, Kolestrol VS Cinta di pawagam bermula 14 September lalu.

Katanya, filem arahan Eyra Rahman ini merupakan kerjasama ketiga bersama Tiz selepas drama bersiri Impian Sunsilk dan Gemilang.

“Saya happy dapat berlakon dengan dia. Lagi pula, masa tengah shooting filem ni, Tiz baru menang anugerah pelakon terbaik. Terus rasa bangga,” katanya.

Bintang filem Kembar Siang ini mengakui tiada masalah untuk menghayati watak lelaki romantik yang bernama Irfan kerana sudah biasa dengan watak itu.

“Lagipun, saya juga dah biasa bekerja dengan Eyra Dia pun tahu kemampuan saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamal akan menyambung semula siri travelog Curi-Curi Cuti selain kembali sibuk menjalani dua penggambaran drama berganding dengan Emma Maembong dan Syatila Melvin.

The post Di sebalik kejayaan Kamal Adli appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Di sebalik kejayaan Kamal Adli

Sekianlah artikel Di sebalik kejayaan Kamal Adli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Di sebalik kejayaan Kamal Adli dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/di-sebalik-kejayaan-kamal-adli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :