link : Dikecam Panggil Pelajar Tahfiz 'Ayam Dalam Reban'
Dikecam Panggil Pelajar Tahfiz 'Ayam Dalam Reban'
PETALING JAYA: Ketika semua rakyat Malaysia sayu dengan tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur, masih ada insan yang seolah-olah tiada perasaan.
Akibatnya, seorang lelaki membangkitkan kemarahan netizen dan teruk dikecam kerana mengeluarkan kenyataan tidak sensitif membabitkan 23 mangsa yang terbunuh dalam kebakaran itu.
Menerusi posting di laman sosial pada Khamis, pemuda terbabit dengan beraninya menyamakan pelajar-pelajar tahfiz yang menjadi mangsa kebakaran sebagai 'ayam di dalam reban'.
“Dah terbakar, kau jangan salahkan sesiapa. Kalau dah satu dorm (bilik tidur asrama) tu kau sumbatkan macam ayam dalam reban ayam,” katanya di laman sosial.
Malah dia mendakwa bangunan pusat tahfiz tersebut tidak mempunyai kelulusan dari segi keselamatan. Tidak cukup dengan itu, ibu bapa pelajar turut menjadi sasarannya.
“Yang jadi mangsa budak-budak tu. Mak bapak budak tu semua bukan kisah pun keselamatan anak-anak mereka. Yang mereka tau ‘Oh! Anak ku ahli syurga,” katanya yang menyifatkan tragedi itu dilihat sebagai satu pengajaran dengan mendakwa bahawa 'sekolah tahfiz membunuh'.
Seorang netizen membalas kenyataan itu dengan berkata: “Kalau ye pun nak cakap pasal isu keselamatan di sekolah tahfiz ni, perlu ke nak keluarkan kenyataan macam ni? Dia faham ke tak semua orang tengah bersedih.”
Walaupun terdapat netizen sependapat dengan lelaki tersebut berhubung kebanyakan kes sekolah tahfiz dikaitkan dengan litar pintas, tetapi diakui cara penyampaiannya agak kasar.
“Ada betul dia cakap, tetapi dia cakap dalam nada yang agak kasar. Di mana menyentuh hati ibu bapa si anak-anak syurga,” katanya.
“Bahasa budak ni kurang cantik, nak kena ajar. Baru tahu menghormati orang,” kata seorang lagi netizen.

Demikianlah Artikel Dikecam Panggil Pelajar Tahfiz 'Ayam Dalam Reban'
Sekianlah artikel Dikecam Panggil Pelajar Tahfiz 'Ayam Dalam Reban' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dikecam Panggil Pelajar Tahfiz 'Ayam Dalam Reban' dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/dikecam-panggil-pelajar-tahfiz-ayam.html