Dr Mahathir tidak dihalang ke Sarawak...

Dr Mahathir tidak dihalang ke Sarawak... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Mahathir tidak dihalang ke Sarawak..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Mahathir tidak dihalang ke Sarawak...
link : Dr Mahathir tidak dihalang ke Sarawak...

Baca juga


Dr Mahathir tidak dihalang ke Sarawak...

Kerajaan Sarawak tidak akan menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang  serta beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang lain daripada memasuki negeri itu untuk ceramah sulung mereka di Kuching yang dijadualkan berlangsung esok,Ahad.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Openg menegaskan bahawa mereka akan terus menggunakan hak imigresen negeri itu untuk menghalang mereka yang dianggap tidak diingini memasuki negeri itu.

“Tiada masalah. Mereka bukan pelampau, lagipun mereka tak penting,”

“Saya akan halang mana-mana ahli politik yang mengancam perpaduan negeri,” katanya selepas menghadiri majlis ulang tahun ke-60 Bahagian Bau hari ini.

Sarawak mempunyai kuasa autonomi imigresen di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dan kepimpinan Ketua Menteri sebelum ini kerap menggunakannya untuk menghalang mereka yang dianggap ‘pengacau, pelampau agama dan perkauman’.

Sebelum ini, Ketua Pakatan Harapan Sarawak, Chong Chieng Jen bahawa Dr Mahathir, Kit Siang dan Pengerusi PAN Wilayah Persekutuan, Dr Mohd Hatta Ramli mungkin dihalang daripada memasuki negeri itu untuk sesi ceramah.

Bagaimanapun pada Ogos lepas, pentadbiran Abang Johari membenarkan dua pemimpin kanan PKR, Nurul Izzah Anwar dan Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini berada dalam senarai hitam imigresen memasuki Sarawak untuk menghadiri majlis rumah terbuka di Petra Jaya.

Nurul Izzah dihalang memasuki Sarawak kali terakhir pada Disember 2015 sementara Zuraida dihalang pada 30 Januari tahun lalu.


Demikianlah Artikel Dr Mahathir tidak dihalang ke Sarawak...

Sekianlah artikel Dr Mahathir tidak dihalang ke Sarawak... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Mahathir tidak dihalang ke Sarawak... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/dr-mahathir-tidak-dihalang-ke-sarawak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :