Fadlan nafi besar kepala

Fadlan nafi besar kepala - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fadlan nafi besar kepala, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fadlan nafi besar kepala
link : Fadlan nafi besar kepala

Baca juga


Fadlan nafi besar kepala

PELAKON Fadlan Hazim menyangkal dakwaan kononnya dia lupa diri selepas popular menerusi drama Papa Ricky yang disiarkan awal tahun ini.

Fadlan berkata, dia enggan ambil pusing dakwaan tidak berasas itu kerana mengenali individu yang tidak mahu melihatnya berada dalam industri seni lakon.

“Saya tidak pernah lupa diri seperti yang diperkatakan. Bidang lakonan adalah punca rezeki dan setiap kali berada di set penggambaran saya pasti teruja untuk mempamerkan lakonan bermutu.

“Saya sentiasa mengingatkan diri agar jangan angkuh dengan apa yang Allah kurniakan kerana bila-bila masa sahaja ia boleh ditarik semula.

“Saya kenal individu yang bermulut jahat ini. Dia juga seorang pelakon malah ketika sama-sama menjalani penggambaran sebuah drama dia kurang disenangi di set penggambaran,” katanya yang enggan mendedahkan nama pelakon terbabit.

Menurut Fadlan, pelakon itu yang bersikap diva ketika penggambaran sehingga dipulaukan kru produksi.

“Bukan saya yang besar kepala sebaliknya dia mahu dirinya dilayan seperti diva. Barangkali dia terasa hati apabila kru produksi tidak mahu bergaul dengannya yang tidak fokus dan suka mengganggu orang lain.

“Apabila berada di set saya tidak suka main-main. Saya akan fokus dengan kerja dan tidak melayan ‘drama-drama’ yang berlaku di set. Mungkin disebabkan itu dia menyampah melihat saya sehingga mencanang cerita tidak benar,” katanya.

Terdahulu timbul gosip mengatakan Fadlan tidak berdisiplin ketika membintangi sebuah drama bersiri baru-baru ini. Dia juga dikatakan beberapa kali tiba lewat di lokasi penggambaran sekali gus mengganggu kelancaran penggambaran.

The post Fadlan nafi besar kepala appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Fadlan nafi besar kepala

Sekianlah artikel Fadlan nafi besar kepala kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fadlan nafi besar kepala dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/fadlan-nafi-besar-kepala.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :