link : Faye Kusairi Berbadan Dua
Faye Kusairi Berbadan Dua
Pelakon Faye Kusairi, 30, bakal bergelar ibu tidak lama lagi kerana dia kini sudah hamil tiga bulan.
Menurut Faye, pada mulanya dia mengalami sakit perut serta muntah-muntah sehingga memaksa dia menjalani pemeriksaan di klinik.
“Alhamdulillah, selepas melakukan pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan saya hamil hampir tiga bulan.
“Sebenarnya saya sedar sejak awal bulan lalu apabila kitaran haid lambat dan mengalami simptom-simptom kehamilan, sehinggalah suami bawa ke klinik,” katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.
Buat masa ini Faye berkata, dia masih mampu memenuhi undangan seni dan akan memikirkan untuk berehat apabila kandungan sudah membesar.
Faye atau nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 April lalu di Ampang, Selangor.
The post Faye Kusairi Berbadan Dua appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Faye Kusairi Berbadan Dua
Anda sekarang membaca artikel Faye Kusairi Berbadan Dua dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/faye-kusairi-berbadan-dua.html