Guru Kolej Vokasional juara inovasi antarabangsa di Paris

Guru Kolej Vokasional juara inovasi antarabangsa di Paris - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru Kolej Vokasional juara inovasi antarabangsa di Paris, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru Kolej Vokasional juara inovasi antarabangsa di Paris
link : Guru Kolej Vokasional juara inovasi antarabangsa di Paris

Baca juga


Guru Kolej Vokasional juara inovasi antarabangsa di Paris

KUALA LUMPUR: Guru Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Mohd Sirhajwan Idek, 29, mencipta sejarah apabila menjuarai Anugerah Kecemerlangan Guru dalam bidang Keusahawanan dan Inovasi Antarabangsa sempena Persidangan Keusahawanan dan Inovasi Eropah di Novancia Business School, Paris, malam tadi.

Pendidik kelahiran Kota Belud, Sabah itu menewaskan 10 pesaing pada pertandingan akhir, meninggalkan Dmitry Shaytan dari Russia di tempat kedua, manakala tempat ketiga dikongsi bersama Cindy Gilbert dari Amerika Syarikat (AS) dan David Gibson dari United Kingdom (UK).

Selain Mohd Sirhajwan yang juga wakil tunggal Asia berada dalam senarai 10 finalis, guru lain adalah dari AS, UK, Russia, Jerman, Kanada, Denmark dan Colombia.

Masing-masing membentangkan kajian semalam dan kelmarin.

Anugerah berkenaan menilai 29 penyertaan terbaik dari seluruh dunia sebelum 15 diundang menghantar penyertaan penuh bagi memilih 10 terbaik.

Program bertaraf antarabangsa itu anjuran Academic Conferences and Publishing International Limited (ACPI), organisasi berpangkalan di London yang mengendalikan perhimpunan penyelidik akademik antarabangsa dan menggalakkan penyelidikan akademik cemerlang melalui penerbitan.

Dalam pada itu, Sirhajwan berkata, inovasi dihasilkannya adalah projek berasaskan pembelajaran untuk menggalakkan pelajar menceburi inovasi dan keusahawanan.

Kejayaan itu melayakkannya menerima sijil dan keahlian International Society for Professional Innovation Management (ISPIM) selama setahun, sekali gus dapat menyertai program organisasi itu di Melbourne, Australia dan Boston, AS dalam tempoh berkenaan.

Beliau mendedikasikan kejayaan itu kepada ayahnya, Idek Asal dan ibu, Bintek Abdul Rahman serta semua ahli keluarga yang memberi dorongan.

"Alhamdulillah kejayaan ini hadir pada 1 Muharram 1439 Hijrah, tahun yang amat penting dalam sejarah umat Islam. Ia permulaan baik bagi saya untuk berhijrah melakukan lebih baik demi agama, negara dan bangsa saya (Bajau)," katanya kepada BH, hari ini.

Ini kejayaan keempat Mohd Sirhajwan di peringkat global sepanjang tahun ini dan tahun lalu.

Tiga lagi anugerah diraihnya adalah biasiswa 'Macmillan English' anjuran Macmillan Education Teachers at the Heart di UK pada 2016, biasiswa International Association of Teachers of English as a Foreign Language (IATEFL) kategori Express Publishing 2017 dan antara 50 finalis Hadiah Guru Global 2017.

Sumber: Berita Harian

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guru Kolej Vokasional juara inovasi antarabangsa di Paris

Sekianlah artikel Guru Kolej Vokasional juara inovasi antarabangsa di Paris kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru Kolej Vokasional juara inovasi antarabangsa di Paris dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/guru-kolej-vokasional-juara-inovasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :