“Jangan Main-Main Joy Revfa” – Hafiz Hamidun Beri Amaran

“Jangan Main-Main Joy Revfa” – Hafiz Hamidun Beri Amaran - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Jangan Main-Main Joy Revfa” – Hafiz Hamidun Beri Amaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Jangan Main-Main Joy Revfa” – Hafiz Hamidun Beri Amaran
link : “Jangan Main-Main Joy Revfa” – Hafiz Hamidun Beri Amaran

Baca juga


“Jangan Main-Main Joy Revfa” – Hafiz Hamidun Beri Amaran

Penyanyi Hafiz Hamidun memberi amaran agar isterinya, Siti Arifah Mohd Amin mengambil serius terhadap permohonan faraq nikah (perpisahan sementara) difailkan wanita itu di mahkamah.

Hafiz, 33, berkata, sikap sambil lewa Siti Arifah atau Joy Revfa, 30, terhadap kes itu menyebabkan banyak masalah timbul sehingga mengelirukan keadaan.

“Sebenarnya kes ini boleh diselesaikan dengan cara baik tetapi dia memilih untuk memfailkan di mahkamah.

“Apabila dia pergi ke mahkamah dan buat sidang media jadi saya akur dan perlu ikut saluran undang-undang juga.

“Tetapi saya bagi amaran! Jangan main-main! Kejap kata nak selesai dengan baik, tiba-tiba failkan di mahkamah. Sekejap tidak mahu datang, tiba-tiba muncul.

“Satu sahaja saya minta daripadanya agar serius mengenai kes yang dia sendiri bawa ke mahkamah walaupun dia tegaskan pernikahan kami sah,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu.

Peguam syarie, Aznir Suhaida Dolah yang mewakili Joy memaklumkan anak guamnya mempunyai kes permohonan pengesahan pernikahan dengan suami terdahulu iaitu Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Hakim Syarie, Muhamad Hisyam Zakaria, menetapkan 9 November depan untuk sebutan semula kes tersebut.

Dalam pada itu, Hafiz berkata dia tidak pernah berasa menyesal dengan apa yang berlaku sebaliknya menggangap ia satu proses pembelajaran buatnya dan tauladan buat masyarakat.

“Tiada apa yang ingin saya malu atau kesalkan apabila perkahwinan kami menjadi buah mulut sebaliknya berasa positif dengan apa yang berlaku.

“Banyak yang saya belajar dan apa yang berlaku diharap juga dapat menjadi tauladan kepada orang lain,” katanya.

Saya Tetap Yakin Nikah Sah! – Joy Refva

Sementara itu, Joy ketika ditemui di mahkamah yang sama pula memberitahu dia tetap dengan pendiriannya bahawa perkahwinan bersama Hafiz adalah sah.

Bagaimanapun, Joy memilih untuk mengunci mulutnya mengenai kemelut rumah tangganya kerana menghormati mahkamah.

“Tiada apa yang boleh saya katakan kerana kes pun sudah berjalan dan biarlah mahkamah menentukan segalanya.

“Tetapi saya tetap dengan pendirian bahawa perkahwinan kami adalah sah,” ujarnya.

The post “Jangan Main-Main Joy Revfa” – Hafiz Hamidun Beri Amaran appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Jangan Main-Main Joy Revfa” – Hafiz Hamidun Beri Amaran

Sekianlah artikel “Jangan Main-Main Joy Revfa” – Hafiz Hamidun Beri Amaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Jangan Main-Main Joy Revfa” – Hafiz Hamidun Beri Amaran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/jangan-main-main-joy-revfa-hafiz.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :