Jerung Melekap Enggan Lepaskan Perut

Jerung Melekap Enggan Lepaskan Perut - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jerung Melekap Enggan Lepaskan Perut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jerung Melekap Enggan Lepaskan Perut
link : Jerung Melekap Enggan Lepaskan Perut

Baca juga


Jerung Melekap Enggan Lepaskan Perut


MARTHON (Amerika Syarikat) – Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas perutnya digigit anak jerung ketika menyelam di perairan Marthon, Florida baru-baru ini.

Dalam satu rakaman video, Ervin Maccarty dilihat keluar dari laut dan terus naik ke bot dengan seekor anak jerung melekat di perutnya.

Maccarty cuba menarik ikan jerung itu tetapi haiwan berkenaan enggan melepaskan gigitannya menyebabkan lelaki itu mengerang kesakitan.

Beberapa rakannya cuba membantu tetapi ikan jerung itu terus menggigit perut Maccarty dengan kuat.

Selepas berusaha, mereka akhirnya mengambil keputusan menikam ikan jerung berkenaan supaya ia melepaskan gigitannya.

Selepas beberapa saat, ikan jerung itu mati dan perlahan-lahan melepaskan gigitan di perut Maccarty.

Maccarty berkata, dia menyelam untuk mencari udang karang sebelum seekor anak jerung tiba-tiba menyerangnya.

“Anak ikan jerung ini sangat agresif dan ia terus menggigit perut saya menyebabkan saya hampir lemas.

“Saya terpaksa segera naik ke permukaan dan berenang ke bot untuk meminta bantuan rakan-rakan,” katanya. – Agensi/myMetro Online
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jerung Melekap Enggan Lepaskan Perut

Sekianlah artikel Jerung Melekap Enggan Lepaskan Perut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jerung Melekap Enggan Lepaskan Perut dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/jerung-melekap-enggan-lepaskan-perut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :