Kan Dah Kena Denda RM4,000…

Kan Dah Kena Denda RM4,000… - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kan Dah Kena Denda RM4,000…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kan Dah Kena Denda RM4,000…
link : Kan Dah Kena Denda RM4,000…

Baca juga


Kan Dah Kena Denda RM4,000…


PETALING JAYA – Seorang kontraktor yang memuat naik status tidak puas hatinya terhadap saman yang dikeluarkan anggota polis trafik di Facebook (FB) sehingga menjadi tular, hari ini didenda RM4,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Lee How Kim, 26, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan. Tertuduh membayar denda tersebut.

Lee didakwa menggunakan aplikasi FB atas nama Raymond Lee secara sedar telah memuat naik gambar borang saman trafik dan gambar cermin pintu kereta yang ditampal dengan penghadang cahaya serta memulakan penghantaran komen yang palsu dengan niat menganiaya orang lain.

Dia melakukan kesalahan itu di Bandar Putera Permai, Seri Kembangan, pada 4.10 petang, 6 September lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Lee yang diwakili peguam Kee Wei Lon memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya sudah insaf dan tiada rekod kesalahan lampau.

“Tertuduh adalah penanggung utama keluarga, dia tiada rekod kesalahan lampau selain tidak mendatangkan kecederaan kepada sesiapa,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Kheat Mee memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh supaya dapat memberi mesej kepada masyarakat.

Mengikut fakta kes, hasil siasatan mendapati bahawa akaun FB bernama Raymond Lee adalah milik tertuduh seperti disahkan oleh rakan-rakannya dan laporan analisa Digital Forensik turut mengesahkan terdapat gambar buang saman trafik dan gambar cermin pintu kereta daripada telefon bimbit milik tertuduh yang dirampas. – BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kan Dah Kena Denda RM4,000…

Sekianlah artikel Kan Dah Kena Denda RM4,000… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kan Dah Kena Denda RM4,000… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/kan-dah-kena-denda-rm4000.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :