Kantoi Curi Tabung Masjid, Empat ‘Toyol’ Kena Buru

Kantoi Curi Tabung Masjid, Empat ‘Toyol’ Kena Buru - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kantoi Curi Tabung Masjid, Empat ‘Toyol’ Kena Buru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kantoi Curi Tabung Masjid, Empat ‘Toyol’ Kena Buru
link : Kantoi Curi Tabung Masjid, Empat ‘Toyol’ Kena Buru

Baca juga


Kantoi Curi Tabung Masjid, Empat ‘Toyol’ Kena Buru


KAJANG – Empat remaja lelaki berjaya melarikan tabung derma di Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, di sini dengan memutuskan rantai besi menggunakan alat pemotong yang dibawa suspek.

Kumpulan empat ‘toyol’ berkenaan dipercayai terpaksa berbuat sedemikian selepas usaha gigih mereka ‘memancing’ wang dalam tabung tersebut sebelum ini sering menemui kegagalan.

Bagaimanapun, kegiatan jenayah suspek terbabit berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar masjid berkenaan.

Menurut nazir masjid, Mohd. Nasri Abdul Hamid, pada mulanya suspek dikesan cuba ‘memancing’ tabung tersebut menggunakan tali dan pita pelekat.

Malangnya, usaha tersebut gagal kerana lubang pada tabung berkenaan telah dikecilkan oleh pihak pengurusan masjid bagi mengekang jenayah.

Tambahnya lagi, ekoran berang dengan kegagalan itu suspek dilihat beredar sebelum kembali semula ke masjid tersebut dengan membawa alat pemotong besi.

Berdasarkan rakaman CCTV, suspek menggunakan peralatan itu untuk memotong rantai besi yang mengikat tabung berkenaan pada tiang masjid sebelum melarikannya menggunakan motosikal.

“Berdasarkan rakaman CCTV, suspek kerap cuba mencuri duit derma itu. Disebabkan itu, pengurusan masjid mengecilkan lubang tabung itu.

“Tidak sangka mereka langsung melarikan tabung itu yang bakal dibelanjakan untuk pembinaan surau berdekatan,” katanya dilapor Harian Metro. – http://ift.tt/2xc7oy3
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kantoi Curi Tabung Masjid, Empat ‘Toyol’ Kena Buru

Sekianlah artikel Kantoi Curi Tabung Masjid, Empat ‘Toyol’ Kena Buru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kantoi Curi Tabung Masjid, Empat ‘Toyol’ Kena Buru dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/kantoi-curi-tabung-masjid-empat-toyol.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :