KKM Digesa Ambil Tindakan Isu Kematian Rakyat Singapura....Ini Burukkan Perpesi Hospital Kerajaan Malaysia di Mata DUnia

KKM Digesa Ambil Tindakan Isu Kematian Rakyat Singapura....Ini Burukkan Perpesi Hospital Kerajaan Malaysia di Mata DUnia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KKM Digesa Ambil Tindakan Isu Kematian Rakyat Singapura....Ini Burukkan Perpesi Hospital Kerajaan Malaysia di Mata DUnia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KKM Digesa Ambil Tindakan Isu Kematian Rakyat Singapura....Ini Burukkan Perpesi Hospital Kerajaan Malaysia di Mata DUnia
link : KKM Digesa Ambil Tindakan Isu Kematian Rakyat Singapura....Ini Burukkan Perpesi Hospital Kerajaan Malaysia di Mata DUnia

Baca juga


KKM Digesa Ambil Tindakan Isu Kematian Rakyat Singapura....Ini Burukkan Perpesi Hospital Kerajaan Malaysia di Mata DUnia

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan diminta menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portal berita Singapura yang melaporkan artikel tidak berasas mengenai kematian seorang rakyat negara itu di sini, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pihaknya kesal dengan penyiaran berita terbabit yang tanpa fakta benar kerana ia memberi tekanan terhadap motivasi warga kerja Jabatan Kesihatan di negeri ini.
"Saya kesal dengan penyiaran berita seperti ini. Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak agar menghormati profesyen sektor kesihatan terutama di Johor dengan tidak memberi gambaran negatif," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau merujuk artikel The Independent pada Khamis yang menyebut ambulans Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini lewat memberikan respon sehingga 30 minit terhadap laporan kemalangan membabitkan seorang rakyat Singapura pada 25 Ogos lepas.

Artikel itu mendakwa kelewatan itu menjejaskan usaha untuk membawa mangsa berusia 25 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital pada kadar segera.

Selain itu, artikel berkenaan mendakwa pihak HSA menuntut sejumlah wang deposit daripada keluarga mangsa sebelum membenarkan sebarang rawatan dijalankan.
Ayub berkata pada dasarnya, petugas Jabatan Kecemasan di semua hospital kerajaan tidak memohon pembayaran lebih awal sebelum apa-apa rawatan dijalankan untuk kes-kes kritikal termasuk yang melibatkan warga asing.

"Saya menafikan kes ini disebabkan kelewatan ambulans atau masalah pembayaran. Pihak hospital akan sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk semua pesakit yang mendapatkan rawatan," katanya. - Bernama



Demikianlah Artikel KKM Digesa Ambil Tindakan Isu Kematian Rakyat Singapura....Ini Burukkan Perpesi Hospital Kerajaan Malaysia di Mata DUnia

Sekianlah artikel KKM Digesa Ambil Tindakan Isu Kematian Rakyat Singapura....Ini Burukkan Perpesi Hospital Kerajaan Malaysia di Mata DUnia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KKM Digesa Ambil Tindakan Isu Kematian Rakyat Singapura....Ini Burukkan Perpesi Hospital Kerajaan Malaysia di Mata DUnia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/kkm-digesa-ambil-tindakan-isu-kematian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :