link : Konsert KL Xtravaganza Danau Kota Hangat
Konsert KL Xtravaganza Danau Kota Hangat
LEBIH 5,000 warga kota membanjiri Konsert KL Xtravaganza yang telah berlangsung meriah di Taman Danau Kota, di sini pada malam Sabtu lalu.
Program anjuran Persatuan Karyawan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menyaksikan 10 artis popular tanah air menghiburkan pengunjung yang datang sejak awal pagi lagi.
Antara artis terlibat ialah Sufian Suhaimi, Nabila Razali, Zarul Umbrella, Drama Band, Siti Saerah, Datuk Yusni Hamid, Datin Paduka Julie Sudiro, Shidee dan Saleem.
Menurut Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez, penganjuran konsert kali ini memberi peluang kepada artis baharu dan lama berkongsi pentas menghiburkan peminat.
“Kita mengabungkan artis baharu dan lama dalam konsert ini, secara tidak langsung dapat mengumpulkan kelompok peminat yang pelbagai.
“Konsert ini juga istimewa kerana ia bersempena dengan Hari Malaysia, sambil berhibur kita juga menerapkan elemen semangat kebangsaan dalam kalangan pengunjung.
“Secara keseluruhan program ini mendapat sambutan menggalakkan dan mencapai sasaran,” katanya.
Turut hadir menyaksikan Konsert pada malam itu ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan.
Program KL Xtravaganza ini turut mendapat kerjasama Persatuan Wartawan dan Hiburan Malaysia (WHAM) dan beberapa agensi kerajaan lain.
Turut diadakan gerai jualan melibatkan artis tanah air antaranya Serina, Azizul Khamis, Shikin Dangdut dan Azza Elite
The post Konsert KL Xtravaganza Danau Kota Hangat appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Konsert KL Xtravaganza Danau Kota Hangat
Anda sekarang membaca artikel Konsert KL Xtravaganza Danau Kota Hangat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/konsert-kl-xtravaganza-danau-kota-hangat.html