Maklumat Kontrak Neymar Bersama PSG Bocor

Maklumat Kontrak Neymar Bersama PSG Bocor - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maklumat Kontrak Neymar Bersama PSG Bocor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maklumat Kontrak Neymar Bersama PSG Bocor
link : Maklumat Kontrak Neymar Bersama PSG Bocor

Baca juga


Maklumat Kontrak Neymar Bersama PSG Bocor


BUTIRAN kontrak Neymar bersama Paris Saint-Germain (PSG) kini dibocorkan dalam media Jerman.

Perpindahan Neymar ke Perancis yang mencetuskan kejutan dalam dunia bola sepak pada musim panas kini beralih kepada harga pemain itu.

Menerusi dokumen berhubung perpindahan bernilai £198 juta (RM1.12 bilion) sebaik sahaja klausa pembelian dicapai, Neymar menjadi pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak.

Bagaimanapun, butiran lanjut dalam kontrak yang ditandatangani pemain itu menunjukkan bahawa nilainya bertambah sejak perpindahannya dari Barcelona ke Paris.

Penerbitan Jerman, Der Spiegel mendedahkan perkara tersebut berdasarkan maklumat daripada Football Leaks, yang menyatakan bahawa pemain berusia 25 tahun itu memperoleh lebih £600,000 (RM3.4 juta) seminggu.

Kontrak lima tahun yang ditandangani Neymar menjamin pemain itu dengan bayaran £32.7 juta (RM185 juta) setahun, sekali gus bersamaan £88,000 (RM499,119) sehari.

Gaji tersebut menunjukkan Neymar kini merupakan pemain yang mendapat bayaran paling tinggi dalam dunia bola sepak, apabila jumlah bayaran yang diterimanya secara mingguan lebih tinggi berbanding Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Kebocoran maklumat itu turut mendedahkan bahawa PSG akan membayar Barcelona sehingga £214 juta (RM1.2 bilion) buat penyerang itu bagi kontrak lima tahun di Perancis. – Mail Online/mStar Online
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Maklumat Kontrak Neymar Bersama PSG Bocor

Sekianlah artikel Maklumat Kontrak Neymar Bersama PSG Bocor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Maklumat Kontrak Neymar Bersama PSG Bocor dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/maklumat-kontrak-neymar-bersama-psg.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :