Maut Terbabas, Bukan Rentung – Polis

Maut Terbabas, Bukan Rentung – Polis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maut Terbabas, Bukan Rentung – Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maut Terbabas, Bukan Rentung – Polis
link : Maut Terbabas, Bukan Rentung – Polis

Baca juga


Maut Terbabas, Bukan Rentung – Polis


KLUANG – Polis menafikan kejadian kemalangan maut dan mangsa dikatakan rentung di Kilometer 58 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Selatan berhampiran Machap, dekat sini, yang tersebar luas petang semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5.30 petang itu, Ahmad Muhammad Lokman, 38, dari Taman Nakhoda Yusof, Klang, Selangor, maut di lokasi kejadian apabila PROTON Persona dipandunya terbabas ke dalam parit di lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata mangsa sempat dikeluarkan orang awam di tempat kejadian sebelum kereta berkenaan terbakar.

“Dakwaan di media sosial sejak petang tadi kononnya mangsa maut akibat rentung bukan saja tidak tepat malah boleh mengelirukan keluarga mangsa.


“Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru gagal mengawal kereta dipandunya sebelum terbabas ke parit di kiri lebuh raya berkenaan.

“Mangsa dikeluarkan orang awam di tempat kejadian sebelum ketibaan kakitangan kecemasan tetapi disahkan sudah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Ketika itulah kereta berkenaan tiba-tiba terbakar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Maut Terbabas, Bukan Rentung – Polis

Sekianlah artikel Maut Terbabas, Bukan Rentung – Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Maut Terbabas, Bukan Rentung – Polis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/maut-terbabas-bukan-rentung-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :