Mengaku Tumbuk Pekerja Golf, Sharnaaz Kena Denda RM1,200

Mengaku Tumbuk Pekerja Golf, Sharnaaz Kena Denda RM1,200 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mengaku Tumbuk Pekerja Golf, Sharnaaz Kena Denda RM1,200, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mengaku Tumbuk Pekerja Golf, Sharnaaz Kena Denda RM1,200
link : Mengaku Tumbuk Pekerja Golf, Sharnaaz Kena Denda RM1,200

Baca juga


Mengaku Tumbuk Pekerja Golf, Sharnaaz Kena Denda RM1,200

Semalam industri seni tanah air dikejutkan dengan berita tentang salah seorang pelakon lelaki terkenal, Sharnaaz Ahmad telah dikenakan denda oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan menumbuk muka seorang pekerja kelab golf.

Denda sebanyak RM1,200 telah dikenakan terhadapnya dan jika dia gagal membayar denda tersebut mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara selama dua bulan.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret, Mahyuddin Mohammad Som selepas Sharnaaz mengaku bersalah.

Pelakon ini telah mengaku bersalah kerana sengaja mendatangkan kecederaan kepada pekerja kelab golf, Gous Ali dengan menumbuh mukanya.

Kejadian tumbuk itu berlaku di Level 1, TPC KL di Kuala Lumpur Golf Country Club (KLGCC) Taman Tun Dr Ismail, jam 5.30 petang pada 22 Julai yang lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Nor Farah Adila Noordin selaku Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Abang ipar kepada pelakon wanita, Neelofa ini telah membuat rayuan melalui peguamnya, Zulkifli Awang untuk merayu hukuman ringan atas alasan telah insaf.

“Tertuduh juga telah memohon maaf kepada pengadu,” katanya.

Sharnaaz yang hadir bersendirian ke mahkamah kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Diharapkan perkara yang berlaku ini akan dijadikan sebagai pengajaran buat Sharnaaz dan tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.

The post Mengaku Tumbuk Pekerja Golf, Sharnaaz Kena Denda RM1,200 appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mengaku Tumbuk Pekerja Golf, Sharnaaz Kena Denda RM1,200

Sekianlah artikel Mengaku Tumbuk Pekerja Golf, Sharnaaz Kena Denda RM1,200 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mengaku Tumbuk Pekerja Golf, Sharnaaz Kena Denda RM1,200 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/mengaku-tumbuk-pekerja-golf-sharnaaz.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :