Mode Hentam!!!!! Sekali Najib libas... tiga hipokrasi Mahathir didedahkan serentak

Mode Hentam!!!!! Sekali Najib libas... tiga hipokrasi Mahathir didedahkan serentak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mode Hentam!!!!! Sekali Najib libas... tiga hipokrasi Mahathir didedahkan serentak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mode Hentam!!!!! Sekali Najib libas... tiga hipokrasi Mahathir didedahkan serentak
link : Mode Hentam!!!!! Sekali Najib libas... tiga hipokrasi Mahathir didedahkan serentak

Baca juga


Mode Hentam!!!!! Sekali Najib libas... tiga hipokrasi Mahathir didedahkan serentak

Attack mode... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jarang 'melibas' lawan politiknya, tapi mungkin geram sangat dengan hipokrasi Tun Mahathir Mohamad Jumaat malam beliau libas juga sekali.

Najib 'buka cerita' mendedahkan kemunafikan Mahathir, pembohongan dan u-turn yang dibuatnya berkaitan pelaburan KWSP.

Tiga point utama Najib mendedahkan hipokrasi Mahathir adalah, pertama bagaimana bekas Perdana Menteri itu membayar 'berjuta-juta' ringgit untuk menemui Presiden Amewrika Syarikat George W Bush pada 2002.

Selain itu, Najib berkata kerugian MAS yang terpaksa ditanggung kerajaan hari ini adalah kerana keputusan Mahathir yang menswastakan syarikat penerbangan tersebut, dan mendakwa bekas Perdana Menteri itu menipu rakyat dalam kes pelaburan KWSP.

Berdiri di depan ribuan ahli dan penyokong UMNO akar umbi yang menyambutnya di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini, Najib
berkata Mahathir pernah membayar 'berjuta-juta' untuk melobi dan berjumpa  George W Bush melalui seorang pelobi yang bermaustatin di Hong Kong.

"Mahathir gunakan arwah Tan Sri Megat Junid (Megat Ayub) sebagai perancang utamanya. Bayaran dibuat melalui kontrak TNB Batu Arang... berjuta-juta dibayar kerana hendak sangat jumpa Bush.

"(Mahathir), Janganlah jadi hipokrit. Tetapi Mahathir tidak mendapat sambutan macam saya dengan Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald J Trump," katanya.

"Jika perlu kita dedahkan... kita dedahkan nanti... nanti... (Mahathir) jangan jadi hipokrit, mengutuk lawatan saya ke Amerika," kata Najib dalam perhimpunan yang dipimpin Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Perdana Menteri, sebelum beliau ke Amerika Syarikat banyak cerita yang diwar-warkan oleh pembangkang trmasuk dakwa beliau tidak mungkin dijemput, takut ditangkap dan berbagai lagi.

"Hakikatnya saya ke Amerika Syarikat diterima oleh Presiden Trump dengan sambutan dan pengiktirafan yang luar dugaan saya sama sekali,"kata beliau yang menyifatkan
lawatan tersebut amat berjaya dan menjelaskan, beliau tidak pergi ke negara kuasa besar itu untuk meminta bersedekah atau melulut, tetapi menyatakan Malaysia telah sampai ke tahap pelaku global.

"Saya beri gambaran bagaimana Trump menerima kedatangan saya. Selepas pertemuan di bilik kabinet, pegawai protokol meminta Trump berjabat tangan dengan saya di luar pejabatnya.

"Trump kata 'Tidak, saya mahu mengiringi beliau ke kereta dan pegawai protokol berkata kereta saya di bawah tanah, dan Trump berkata 'tidak mengapa, beliau kawan saya," kata Najib.

Mengulas lanjut, perdana menteri berkata Presiden Trump menganggap beliau sebagai kawan dan menghormati kepimpinan Barisan Nasional.

"Saya pergi bukan kerana saya tetapi kerana dan untuk Malaysia. Kalau kita ada hubungan baik dengan China dan Arab Saudi, (ini) adalah kerana Malaysia," katanya.

Mengenai kritikan terhadap pembelian pesawat Boeing, Najib berkata beliau hanya menyampaikan keputusan yang dibuat Malaysia Airlines Bhd (MAB), kepada Presiden Trump.

"Secara kebetulan MAB sudah buat keputusan bulan Julai tahun lepas untuk membeli 25 Boeing 737... Ini keputusan dibuat oleh MAB, saya menyampaikan kepada Trump," katanya.

Jelas PM, ada dua saja syarikat pembuat jet penumpang... jika tidak beli dengan Boeing, kita beli dengan Airbus.

"Lagipun MAS dulu siapa yang rosakkan...sehingga kita terpaksa baik pulih, swastakan MAS kemudian paksa kerajaan beli balik dengan harga tiga kali ganda lebih mahal,"kata Najib.

Perdana menteri berkata kritikan Mahathir terhadap pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika juga bertentangan dengan kenyataan bekas perdana menteri itu sebelum ini yang menggalakkan KWSP membuat pelaburan di luar negara.

"Jangan tipu rakyat... cukup-cukuplah, banyak sangat penipuan. Saya dapat rekod kenyataan Mahathir pada 26 April 2005, dia kata KWSP patut melabur lebih di luar negara supaya penyimpan deposit dapat dividen lebih.

"Kita melabur di luar negara, keuntungan kita bawa balik..."ujarnya.

Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan... Dana KWSP berjumlah RM760 billion.

"Tak kan semua nak melabur di Bursa Malaysia... kalau letak di Bursa Malaysia tak ada orang lain boleh beli saham... kita letak di luar negara, Khazanah untung tuan-tuan,"ujar.

Mengambil contoh pembelian saham Alibaba Group yang disenaraikan di Amerika oleh Khazanah Nasional Bhd, beliau berkata Khazanah mendapat keuntungan US$1 bilion daripada pelaburan tersebut.

Pembangkang tak ada modal lagi, kata Najib.

"Dia (Mahathir) u-turn,u-turn saja... tapi tak apa, kita ada rekod... kita dedahkan rekodnya tidak lama lagi,"kata Najib.

Mengulas mengenai isu Rohingya, Najib berkata beliau telah menyebut mengenai isu itu melalui kenyataan rasminya kepada Presiden Trump, selain turut menyampaikan perkara itu kepada Perdana Menteri Britain Theresa May dalam pertemuan di London pada Khamis.


Demikianlah Artikel Mode Hentam!!!!! Sekali Najib libas... tiga hipokrasi Mahathir didedahkan serentak

Sekianlah artikel Mode Hentam!!!!! Sekali Najib libas... tiga hipokrasi Mahathir didedahkan serentak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mode Hentam!!!!! Sekali Najib libas... tiga hipokrasi Mahathir didedahkan serentak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/mode-hentam-sekali-najib-libas-tiga.html

Subscribe to receive free email updates: