Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram

Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram
link : Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram

Baca juga


Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram


SINGAPURA – Negara terkecil rantau Asia tenggara ini cukup berbangga dengan kadar rasuah antara terendah di dunia selain aktiviti penguatkuasaan yang cukup tegas sejak sekian lama.

Namun foto terbaharu ini nyata mencalar kewibawaan Singapura sehingga menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa sendiri yang bukan sahaja terkejut, malah lebih teruk ada dakwa ini baru sedikit sahaja terdedah!

Susulan insiden amat memalukan republik itu, penganjur Formula 1 Grand Prix Singapura sedang menyiasat teliti mengenai insiden yang melibatkan pencerobohan di litar perlumbaan Marina Bay pada hujung minggu lalu.

Ini ekoran penularan sekeping gambar eksklusif dimuat naik menerusi laman Facebook pada Ahad lalu yang jelas menunjukkan pasangan lelaki dan wanita warga asing selamba berdiri megah di litar perlumbaan F1 itu.

Catatan keterangan gambar pada Facebook itu berbunyi: “Jam 3 pagi. Kami memberi ‘wang sogok’ kepada pengawal keselamatan supaya dia membenarkan kami agar dapat memasuki litar perlumbaan F1 tersebut.

“Dia bukan sahaja bersetuju untuk berbuat demikian. Malah turut merakamkan gambar kami ini. Mereka yang bukan peminat setia perlumbaan F1 mungkin tidak dapat memahaminya, tetapi tidak bagi kita semua.”

Jurucakap Singapore GP memberitahu agensi berita Mediacorp bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi keselamatan yang ditugaskan berkhidmat di kawasan terbabit untuk menyiasat dakwaan rasuah tersebut.

“Aspek keselamatan setiap penonton adalah keutamaan kami bahkan pihak kami sendiri amat memandang serius tehadap dakwaan gejala rasuah ini,” kata jurucakap penganjur sebagai merujuk isu foto pada Facebook itu.

Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton menjuarai perlumbaan selepas tiga pelumba terlibat dalam rempuhan yang berlaku. Cuma 12 pelumba berjaya menamatkan perlumbaan semalam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram

Sekianlah artikel Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/mudahnya-rasuah-pegawai-f1-singapura.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :