Padah Parkir Sesuka Hati, Ini Makan Dia!

Padah Parkir Sesuka Hati, Ini Makan Dia! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Padah Parkir Sesuka Hati, Ini Makan Dia!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Padah Parkir Sesuka Hati, Ini Makan Dia!
link : Padah Parkir Sesuka Hati, Ini Makan Dia!

Baca juga


Padah Parkir Sesuka Hati, Ini Makan Dia!


PERCAYALAH, bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh masyarakat dunia amat benci dengan manusia jenis yang suka ‘double-park’ atau parkir bertindih ini.

Maka tidak hairanlah sebuah kereta yang diletakkan sesuka hati di hadapan sebuah rumah di Hunts Cross, Liverpool ini telah dijadikan mangsa kemarahan pemilik rumah terbabit.

Neil Junglas, 36, bertindak nekad membalut kereta berjenama Skoda itu dengan menggunakan cling film ekoran sudah dua hari terdampar di hadapan rumahnya.


Menurut Neil, dia ada melihat seorang wanita dan lelaki keluar dari kereta tersebut sambil membawa dua bagasi sebelum menaiki teksi.

Insiden itu terjadi pada petang Selalu lalu semasa dia sedang menyediakan makan malam untuk anak perempuannya.

“Mereka jelas meletakkan kereta mereka di sana sebelum menaiki teksi untuk ke lapangan terbang.

“Sudah tentu mereka hanya mahukan tempat letak kereta percuma.

“Jiran saya juga mempunyai beberapa buah kereta, jadi tidak ada ruang untuk kereta lain diletakkan di sini,” katanya dipetik laporan Liverpool Echo.


Neil juga menyatakan yang dia tidak boleh meletakkan keretanya di kawasan tersebut kerana kereta tersebut telah menghalang laluan. Lelaki berusia 36 tahun ini bertindak membalut kereta berkenaan sebagai kejutan kepada mereka selepas mereka pulang ke sini.

“Saya rasa perbuatan ini sangat biadap dan saya ingin mengajar mereka dengan memberikan kejutan apabila mereka pulang nanti.

“Saya bekerja di Costco, jadi saya beli cling film ini dari sana,” ujarnya.

Disebabkan kereta itu kelihatan lain dari yang lain, ramai orang telah berhenti untuk mengambil gambar dengannya.

Pihak polis turut datang melihat keadaan dan membuat tinjauan di kawasan itu, namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana kereta tersebut diletakkan di tempat yang betul dan tidak menyalahi undang-undang. – MYNEWSHUB.CC

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Padah Parkir Sesuka Hati, Ini Makan Dia!

Sekianlah artikel Padah Parkir Sesuka Hati, Ini Makan Dia! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Padah Parkir Sesuka Hati, Ini Makan Dia! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/padah-parkir-sesuka-hati-ini-makan-dia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :