Pegawai MP pembangkang direman empat hari siasatan kes rasuah

Pegawai MP pembangkang direman empat hari siasatan kes rasuah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai MP pembangkang direman empat hari siasatan kes rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai MP pembangkang direman empat hari siasatan kes rasuah
link : Pegawai MP pembangkang direman empat hari siasatan kes rasuah

Baca juga


Pegawai MP pembangkang direman empat hari siasatan kes rasuah

Tiga kakitangan Ahli Parlimen PKR Subang R Sivarasa termasuk setiausaha politiknya yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah, direman empat hari sehingga Isnin ini.

Permohonan reman dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Jumaat di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat.

Tiga suspek terbabit kemudian dibawa keluar dari IPD Dang Wangi sambil dikawal enam pegawai SPRM, kira-kira jam 12.08 tengah hari.

Mereka sebelum ini diletakkan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang dan lokap IPD Dang Wangi sementara menunggu perintah reman.

Siasatan kes berkenaan yang ada kaitan dengan rasuah bagi menyelesaikan isu imigresen, dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A)Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun Sivarasa dalam kenyataan media berkata beliau yakin dengan integriti ketiga-tiga pegawainya.

"Saya menolak tuduhan ini terhadap kakitangan saya.

"Saya kenal baik kakitangan saya, terutamanya Naveen yang juga anak saudara saya.

"Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap integriti mereka," katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau bukanlah subjek kepada siasatan itu.

Tiga kakitangan tersebut iaitu Naveen Kularasa, Joshua Kalaiselvan dan NicoKam dilapor ditahan berkaitan urusan imigresen semalam.

Maklumat awal mengatakan syarikat milik pengadu dikatakan pernah membawa masuk pekerja asing bertaraf buruh menggunakan kelayakan profesional dan diketahui oleh ketiga-tiga suspek.

Pengadu mendakwa diminta menyediakan wang RM55,000 bagi menyelesaikan urusan berkaitan imigresen.

SPRM sudah mendapatkan perintah tahanan remanan terhadap tiga kakitangan berkenaan di ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.


Demikianlah Artikel Pegawai MP pembangkang direman empat hari siasatan kes rasuah

Sekianlah artikel Pegawai MP pembangkang direman empat hari siasatan kes rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pegawai MP pembangkang direman empat hari siasatan kes rasuah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/pegawai-mp-pembangkang-direman-empat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :