Pelajar Pusat Tahfiz terbakar sering ke rumah PM

Pelajar Pusat Tahfiz terbakar sering ke rumah PM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar Pusat Tahfiz terbakar sering ke rumah PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar Pusat Tahfiz terbakar sering ke rumah PM
link : Pelajar Pusat Tahfiz terbakar sering ke rumah PM

Baca juga


Pelajar Pusat Tahfiz terbakar sering ke rumah PM

Pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang ter;ibat dengan kebakaran awal pagi Khamis rupa-rupanya sering ke rumah Datuk Seri Najib Razak.

"Pelajar dan ustaz (maahad tahfiz) melakukan ibadah di rumah saya setiap malam Jumaat sejak sekian lama, tragedi ini saya amat memberi kesan mendalam kepada saya," katanya kepada pemberita ketika meninjau pusat tahfiz berkenaan malam tadi.

Beliau sebelum itu mengumumkan peruntukan RM30 juta oleh kerajaan bagi menaik taraf maahad tahfiz di seluruh negara.

Sambil menyangkal dakwaan kononnya kerajaan tidak membantu membangunkan pusat pengajian berkenaan, Perdana Menteri berkata kerajaan, UMNO dan beliau secara peribadi juga akan terus menghulurkan bantuan kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Katanya, bantuan itu akan diberikan kepada keluarga yang kehilangan anak, individu yang cedera dan mereka yang mengalami trauma akibat tragedi berkenaan.

Najib juga berkata, satu mesyuarat akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Selasa depan bagi menilai semula kelulusan piawaian bomba di maahad tahfiz.

Katanya, berdasarkan tinjauan beliau sebentar tadi, tragedi kebakaran terbabit boleh dielakkan sekiranya tiada pindaan pada pelan asal yang diluluskan pihak bomba.

"Bangunan itu dibina dengan satu laluan keluar, kita tunggu siasatan yang dibuat polis dan bomba sebelum membuat apa-apa kesimpulan.

"Ini takdir Allah, perancangan sudah dibuat supaya mereka berpindah bangunan baharu, dan dijangka selesai dalam beberapa hari," katanya.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mencemar duli berangkat tiba di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, pada jam 10.20 malam ini.

Baginda disambut Perdana Menteri dan beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.


Demikianlah Artikel Pelajar Pusat Tahfiz terbakar sering ke rumah PM

Sekianlah artikel Pelajar Pusat Tahfiz terbakar sering ke rumah PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar Pusat Tahfiz terbakar sering ke rumah PM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/pelajar-pusat-tahfiz-terbakar-sering-ke.html

Subscribe to receive free email updates: