link : Pelajar tahfiz ditahan bantu siasatan insiden kebakaran
Pelajar tahfiz ditahan bantu siasatan insiden kebakaran
Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqayah ditahan petang tadi bagi membantu siasatan berhubung kebakaran yang meragut nyawa 23 penghuni pusat tahfiz itu semalam.
Menurut sumber, remaja berkenaan disyaki keluar dari asrama pusat berkenaam sejam sebelum kebakaran.
“Remaja itu dipercayai keluar melalui pintu pagar belakang pusat tahfiz dan terus berjalan kaki ke arah Taman Tasik Datuk Keramat,” katanya.
Menurutnya, pihak polis yang menjalankan siasatan sedang mengumpulkan segala maklumat bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.
Katanya, selain pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran untuk petunjuk baharu, penelitian polis turut melibatkan pagar di bahagian tepi dan belakang pusat tahfiz.
“Pegawai dan anggota polis bertugas sudah mengenal pasti keadaan pagar kawat yang berkemungkinan boleh menjadi laluan masuk penceroboh ke dalam pusat tahfiz berkenaan.
“Pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz dan Taman Tasik Datuk Keramat, ini disahkan ada kesan potong sudah diregangkan bagi membolehkan penceroboh berkenaan keluar masuk,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, segala bentuk siasatan kes berkenaan akan turut dirujuk berdasarkan hasil siasatan Unit Forensik Polis dan Bomba.
“Siasatan polis turut menjurus kepada tindakan pelajar cuba menyelinap keluar pada waktu malam dan awal pagi turut diambil kira bagi membantu melengkapkan siasatan,” katanya.
Setakat ini difahamkan pihak polis menafikan punca kebakaran adalah disebabkan masalah litar pintas.
The post Pelajar tahfiz ditahan bantu siasatan insiden kebakaran appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Pelajar tahfiz ditahan bantu siasatan insiden kebakaran
Anda sekarang membaca artikel Pelajar tahfiz ditahan bantu siasatan insiden kebakaran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/pelajar-tahfiz-ditahan-bantu-siasatan.html