Peragut ‘Popular’ Berjaya Ditahan Polis

Peragut ‘Popular’ Berjaya Ditahan Polis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peragut ‘Popular’ Berjaya Ditahan Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peragut ‘Popular’ Berjaya Ditahan Polis
link : Peragut ‘Popular’ Berjaya Ditahan Polis

Baca juga


Peragut ‘Popular’ Berjaya Ditahan Polis


KUALA LUMPUR – Peragut ‘popular’ yang menjadi buruan polis selepas video menunjukkan suspek meragut seorang pelancong Amerika Syarikat (AS) tular itu akhirnya berjaya ditahan oleh pihak polis.

Suspek yang baru berusia 26 tahun itu mula menjadi terkenal susulan kejayaannya dikesan meragut telefon pintar mangsa di depan lobi sebuah hotel di Jalan Hishamudin, di sini, pada bulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Habibi Manjiji berkata, suspek dicekup polis di Setapak, di sini, Selasa lalu bersama motosikal dan dua telefon pintar milik mangsa.

“Kami menerima laporan daripada pihak pengurusan hotel memaklumkan kejadian ragut membabitkan pelanggan mereka warga AS berusia 38 tahun di depan lobi hotel berkenaan.

“Ketika kejadian pada 4 September lalu, mangsa menunggu Uber jam 4 pagi di lokasi kejadian bersama dua lagi rakannya sebelum dihampiri suspek menunggang motosikal dan memakai topi keledar tutup muka penuh,” katanya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hotel berkenaan yang merakam kejadian itu turut menjadi tular di laman sosial Facebook (FB).

Habibi berkata, mangsa yang tidak mengalami kecederaan tidak membuat laporan polis menyebabkan pihaknya tidak dapat memastikan jumlah kerugian sebenar.

“Modus operandi suspek adalah meragut secara bersendirian dengan menunggang motosikal dan memilih kawasan lobi hotel di sekitar daerah ini.

“Suspek mengambil kesempatan terhadap mangsa yang leka bermain telefon sebelum meragut,” katanya yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihatkan orang ramai berwaspada dan menjaga barangan peribadi ketika berada di tempat awam manakala peniaga alat komunikasi diingatkan tidak membeli barangan daripada pelanggan tanpa milikan sah. – myMetro Online

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Peragut ‘Popular’ Berjaya Ditahan Polis

Sekianlah artikel Peragut ‘Popular’ Berjaya Ditahan Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peragut ‘Popular’ Berjaya Ditahan Polis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/peragut-popular-berjaya-ditahan-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :