PKR SELANGOR TERUS ‘PUJUK’ PAS – XAVIER

PKR SELANGOR TERUS ‘PUJUK’ PAS – XAVIER - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR SELANGOR TERUS ‘PUJUK’ PAS – XAVIER, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR SELANGOR TERUS ‘PUJUK’ PAS – XAVIER
link : PKR SELANGOR TERUS ‘PUJUK’ PAS – XAVIER

Baca juga


PKR SELANGOR TERUS ‘PUJUK’ PAS – XAVIER

PKR Selangor akan meneruskan rundingan dengan PAS bagi memastikan sekurang-kurangnya saingan dua penjuru menentang Barisan Nasional (BN) di negeri itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Laporan media tempatan memetik Naib Presiden PKR Dr Xavier Jeyakumar sebagai mengesahkan perbincangan PKR dengan PAS di peringkat negeri terus diusahakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tanpa mempersoalkan komitmen parti itu kepada Pakatan Harapan (PH).

“Apa yang saya tahu ialah kita setuju dengan keputusan Pakatan Harapan (PH). Di Selangor kita memang ada berunding sikit dengan PAS. (Soalan: Pada ketika ini?) Iya,” Xavier dipetik sebagai berkata.

Beliau, dalam masa yang sama turut menjelaskan PKR terus mengusahakan perbincangan dengan PAS bagi memperolehi sebarang penyelesaian bersabit pengagihan kerusi dalam menghadapi pilihan raya.

Namun tambah beliau, sekiranya hasil perbincangan tidak seperti yang diharapkan, PKR tetap bersedia untuk menghadapi saingan pelbagai penjuru termasuk daripada PAS pada PRU14 kelak.

Menurut Xavier, perkara utamanya adalah ialah jangka masa sesuai ditetapkan untuk mencapai hasil yang disasarkan dalam rundingan PKR-PAS itu.

“Walaupun PKR melalui Datuk Seri Azmin Ali akan adakan perbincangan untuk lihat penyelesaian dengan PAS, tetapi mesti ada masa yang diberikan untuk kita capai satu hasil daripada perbincangan ini.

“Dari itulah kita boleh teruskan, namun dalam masa yang sama khususnya di Selangor, kita minta kawasan yang kita bertanding agar bersedia hadapi tiga penjuru jika perbincangan dengan PAS tak jadi.

“(Sedia untuk tiga penjuru) kalau perbincangan tak ada hasil yang menunjukkan apa-apa tukaran yang kita fikirkan,” jelas beliau.

Tambah Xavier, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR wajar memaklumkan hasil daripada perbincangan itu kepada parti dan juga rakan komponen dalam PH.

“Pada ketika ini Datuk Seri Azmin dia memang ada kuasa sebagai Timbalan Presiden dan dia dapat kelulusan parti untuk adakan perbincangan.

“Tapi hasil perbincangan itu kita belum tahu lagi. Saya harap hasil itu akan diberitahu kepada seluruh komponen PH, serta masa yang kita tetapkan mesti diberitahu kepada semua,” ujar beliau.

Untuk rekod, mesyuarat Majlis Presiden PH pada 29 Ogos lepas telah memuktamadkan bahawa gabungan itu tidak akan bekerjasama dengan PAS pada PRU14 dan memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya itu.

Sebelum ini, media turut melaporkan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sepucuk surat pada 2 September lalu berkata beliau mempersetujui usaha Azmin berunding dengan PAS dalam membentuk kerjasama bagi menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRU14.

Namun, ianya disangkal Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat surat Anwar menimbulkan “masalah” kepada pakatan pembangkang itu dan usaha akan dilakukan bagi memastikan PKR berhenti mengadakan rundingan untuk menjalin kerjasama dengan PAS.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi membayangkan sebarang kerjasama antara dua parti hanya akan dipertimbangkan jika PKR sanggup keluar daripada PH dan menyertai Gagasan Sejahtera yang merangkumi PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).


Demikianlah Artikel PKR SELANGOR TERUS ‘PUJUK’ PAS – XAVIER

Sekianlah artikel PKR SELANGOR TERUS ‘PUJUK’ PAS – XAVIER kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR SELANGOR TERUS ‘PUJUK’ PAS – XAVIER dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/pkr-selangor-terus-pujuk-pas-xavier.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :