Safawi JDT rebutan dua selebriti

Safawi JDT rebutan dua selebriti - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Safawi JDT rebutan dua selebriti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Safawi JDT rebutan dua selebriti
link : Safawi JDT rebutan dua selebriti

Baca juga


Safawi JDT rebutan dua selebriti

GARA-gara memuat naik foto dengan pemain bola sepak yang sama di laman Instagram (IG) mereka baru-baru ini, dua selebriti remaja meningkat naik iaitu pelakon Sweet Qismina, 20 dan penyanyi, Wani Kayrie, 17, didakwa kini berebutkan lelaki yang sama.

Apatah lagi, pemain bola sepak terbabit, Muhammad Safawi Rasid, 20, adalah pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sweet atau Farhanna Qismina Supandi berkata, tidak timbul isu berebut kerana di antara dia, Safawi dan Wani, mereka hanya berkawan.

“Saya mengenali Safawi lebih setahun lalu ketika mengacarakan program Planet Bola di TV3. Sejak itu, kami berkawan baik.

“Jadi, apabila timbul gosip yang mendakwa saya dan Wani kini berebutkan Safawi, ia adalah sesuatu yang tidak benar dan sangat kelakar.

“Saya dan Wani pun sudah kenal dan berkawan sejak kami kanak-kanak lagi. Justeru, memang tidak timbul isu kami berebut,” katanya.

Pada usianya yang baru mencecah 20 tahun, pelakon Misteri Wan Peah itu menganggap masih terlalu awal untuk bercinta.

“Saya pun masih belajar dan karier seni juga berjalan lancar, jadi fokus saya sekarang tertumpu pada pelajaran dan kerjaya dahulu.

“Apapun, tidak salah untuk saya berkawan dengan lelaki. Malah, apabila berkawan tidak semestinya perlu bercinta,” katanya.

Sementara itu, Wani memberitahu dia pun baru mengenali Safawi ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) lalu.

“Kami sebenarnya berkenalan menerusi IG apabila Safawi dulu yang mengirim mesej perkenalan kepada saya.

“Saya menerima dengan baik salam perkenalan itu kerana tidak salah pun kalau kami berkawan. Namun, tidak sangka akhirnya timbul pula gosip hangat mengatakan saya berebut Safawi dengan rakan baik saya, Sweet.

“Memang kelakar dan bagi saya ia gosip yang tidak masuk akal langsung. Lagi pun, saya dan Safawi hanya berkawan sahaja,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Jangan Jangan ini, dia pun masih bersekolah dan kini perlu fokus pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

“Pada usia 17 tahun ini, saya sedikit pun tidak pernah terfikir untuk bercinta dengan mana-mana lelaki.

“Saya masih terlalu muda dan remaja. Belajar pun belum habis dan saya juga ada impian yang ingin dikejar dalam karier.

“Saya yakin Safawi dan Sweet juga begitu kerana kami masing-masing masih baru dalam proses membina karier serta perjalanan hidup pun masih agak jauh,” katanya.

Mengakui gosip yang timbul juga menarik minat rakan dan guru-gurunya di sekolah, Wani berkata dia sekadar mengaku memang kenal Safawi dan mereka kini berkawan sahaja.

Menurut Wani lagi ketika bertemu Safawi baru-baru ini pun dia tidak berseorangan kerana ditemani ibunya untuk ke belakang padang.

The post Safawi JDT rebutan dua selebriti appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Safawi JDT rebutan dua selebriti

Sekianlah artikel Safawi JDT rebutan dua selebriti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Safawi JDT rebutan dua selebriti dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/safawi-jdt-rebutan-dua-selebriti.html

Subscribe to receive free email updates: