SAMA NASIB SEPERTI PAK LAH DAN NAJIB, TUN M KRITIK ANWAR SURUH LETAK JAWATAN

SAMA NASIB SEPERTI PAK LAH DAN NAJIB, TUN M KRITIK ANWAR SURUH LETAK JAWATAN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SAMA NASIB SEPERTI PAK LAH DAN NAJIB, TUN M KRITIK ANWAR SURUH LETAK JAWATAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SAMA NASIB SEPERTI PAK LAH DAN NAJIB, TUN M KRITIK ANWAR SURUH LETAK JAWATAN
link : SAMA NASIB SEPERTI PAK LAH DAN NAJIB, TUN M KRITIK ANWAR SURUH LETAK JAWATAN

Baca juga


SAMA NASIB SEPERTI PAK LAH DAN NAJIB, TUN M KRITIK ANWAR SURUH LETAK JAWATAN

Kritikan terbuka Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap warkah dari pejara Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah modus operandi sama dilakukan bekas Perdana Menteri itu terhadap dua penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma berkata, kritikan terhadap Anwar adalah kritikan sama dilakukan untuk menggulingkan Tun Abdullah dan Najib bagi mendesak untuk melepaskan jawatan.

“Tindakan Tun Mahathir mengkritik Anwar secara terbuka ini saya lihat sama modus operandi beliau mengkritik Datuk Seri Najib secara terbuka hari ini, dan juga Tun Abdullah Badawi sebelum ini, apabila beliau mahukan kedua-dua pemimpin ini meletakkan jawatan,” ujarnya dipetik portal UMNO Online.

Dikala PKR kini dalam keadaan terumbang-ambing akibat konflik dalaman parti, kritikan Dr Mahathir terhadap Anwar kata Zein, mengeruhkan lagi keadaan.

“Tindakan Tun Mahathir itu ternyata telah mengundangkan tindak balas daripada Blue Eye Boy Anwar, Azmin Ali yang kemudiannya membidas Tun Mahathir, juga secara terbuka berhubung kenyataan beliau itu dan berkata ia sepatutnya tidak dibicarakan secara terbuka di hadapan media.

“Apa yang menariknya di sini, dalam keadaan PKR hari ini hampir karam kerana kapal mereka telah terbelah dua,tiba-tiba Tun Mahathir muncul di pertengahan jalan dengan melontarkan satu kritikan secara terbuka yang pedas dan bisa menjatuhkan kredibiliti Ketua Umum PKR,” katanya.

Tambah beliau, persoalan kini timbul samaada kehadiran Dr Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk melemahkan PKR dari peringkat kepimpinan sehingga ke akar umbi.

“Apakah hubungan Tun Mahathir dan Anwar masih dalam keadaan perang dingin, saling tikam menikam, dan hanya berlakon mesra di hadapan umum seolah-olah tidak apa yang berlaku antara mereka untuk mengaburi mata rakyat?,” soalnya.

Jelas Zein, hal ini sekaligus memperlihatkan bahawa Pakatan Harapan masih lemah dan tidak mampu membentuk sebuah gagasan untuk mentadbir negara.

“Apa akan jadi pada negara jika kita berikan mereka mandat, mereka terus menerus bertelagah sesama sendiri dalam soal-soal pokok negara bangsa, soal pembahagian kuasa dan soal pentadbiran negara? Apakah jaminan mereka jika diberikan kuasa, segala konflik dalaman dan pertelagahan sesama mereka dapat di selesaikan?

“Justeru itu saya berharap agar rakyat berfikir secara rasional dalam memberikan mandat kepada mana-mana parti politik untuk mentadbir negara. BN ada 13 parti di dalamnya yang mewakili semua kaum di negara ini, masih lagi berada di dalam keadaan stabil dan cemerlang berkhidmat untuk rakyat sejak lepas merdeka sehingga kini.

“Pakatan Harapan pula hanya ada lima parti sahaja, namun konflik sentiasa berlaku dan tidak pernah selesai hingga ke hari ini. Berdasarkan perbandingan semudah itu, saya yakin rakyat dapat menilai gabungan parti politik manakah yang lebih diyakini untuk mentadbir negara ini,” katanya lagi.


Demikianlah Artikel SAMA NASIB SEPERTI PAK LAH DAN NAJIB, TUN M KRITIK ANWAR SURUH LETAK JAWATAN

Sekianlah artikel SAMA NASIB SEPERTI PAK LAH DAN NAJIB, TUN M KRITIK ANWAR SURUH LETAK JAWATAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SAMA NASIB SEPERTI PAK LAH DAN NAJIB, TUN M KRITIK ANWAR SURUH LETAK JAWATAN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/sama-nasib-seperti-pak-lah-dan-najib.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :