link : Scott Disick Masuk Wad Mental
Scott Disick Masuk Wad Mental
Personaliti TV, Scott Disick dilaporkan telah dimasukkan ke wad psikiatri bulan lalu gara-gara mabuk dan dikhuatiri mengganggu keselamatan orang awam.
Jabatan Bomba Los Angeles telah mengesahkan bahawa mereka menerima panggilan 911 dari rumah Scott pada pukul 4.54 pagi pada 18 Ogos lalu.
Dalam rekod panggilan 911, pemanggil yang dikenal pasti sebagai pengawal keselamatan berkata bahawa Scott “mabuk dan mereka memberitahu saya. Pemanggil juga memberitahu, “seseorang perlu membawa dia ke hospital.”
Sumber penguatkuasaan undang-undang L.A., Sheriff County, bertindak memberi bantuan bersama beberapa orang pengawai polis turut dipanggil kerana Scott tidak mahu memberi kerjasama pada masa itu. Ketika polis tiba di tempat kejadian, dia sudah lebih tenang dan berjaya dipujuk.
Scott dibawa ke wad kecemasan di Hospital West Hills. Scott disenaraikan sebagai pesakit 5150 psikiatrik iaitu individu yang dimasukkan ke hospital secara sukarela.
Lazimnya, pesakit kategori ini boleh ditahan di wad selama 72 jam jika dia dianggap bahaya kepada dirinya atau orang lain. Scott, bagaimanapun, dibebaskan tidak lama kemudian.
Laporan media menyebut, Scott diberi bilik peribadi dengan pengawal keselamatan sendiri yang mengawal di luar biliknya. Sementara itu, Kourtney Kardashian dilaporkan melawatnya dan mahu menyokong bapa tiga anak ini kerana dia tidak mempunyai keluarga lain.
Beberapa hari selepas itu, Scott dilihat berjalan di sekitar L.A. dengan kawan-kawannya. Dia kembali kepada gaya hidupnya yang mewah dan baru-baru ini dia berkongsi foto ketika meluangkan masa dengan anak-anaknya di tepi pantai.
Ini bukan pertama kali Scott menerima rawatan akibat mabuk. Terdahulu, dia pernah dimasukkan ke pusat pemulihan untuk mendapatkan rawatan selepas terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang pada tahun 2015.
The post Scott Disick Masuk Wad Mental appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Scott Disick Masuk Wad Mental
Anda sekarang membaca artikel Scott Disick Masuk Wad Mental dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/scott-disick-masuk-wad-mental.html