Semua pengangkutan awam guna Touch 'n Go menjelang 2019

Semua pengangkutan awam guna Touch 'n Go menjelang 2019 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Semua pengangkutan awam guna Touch 'n Go menjelang 2019, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semua pengangkutan awam guna Touch 'n Go menjelang 2019
link : Semua pengangkutan awam guna Touch 'n Go menjelang 2019

Baca juga


Semua pengangkutan awam guna Touch 'n Go menjelang 2019

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, semua sistem pengangkutan awan di negara ini akan menggunakan sistem tiket bersepadu menerusi platform Touch 'n Go menjelang tahun 2019.

Beliau yang merupakan menteri yangbertanggungjawab terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, setakat ini sistem tersebut telah dilaksanakan oleh Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT).

"Tidak semua pembekal pengangkutan awam bersedia dengan sistem tersebut. Jadi kita menjangkakan semua bersedia menjelang 2019.

"Penumpang akan menggunakan kaedah pembayaran tiket tunggal yang boleh digunakan untuk semua pengangkutan awam termasuk bas," katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Persatuan Antarabangsa Pengangkutan Awam Asia Pasifik (UITP) pada Isnin.

Ia mengambil masa untuk menyelaraskan penggunaan sistem tersebut kerana ia difahamkan kos untuk memasang keperluan sistem tersebut agak tinggi dengan keperluan teknologi yang lain seperti sistem pengesanan global (GPS).

Pada bulan Julai, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan telah menolak sistem tiket tunggal untuk semua perkhidmatan kereta api menjelang akhir tahun dengan KTM Komuter menjadi satu-satunya perkhidmatan yang menggunakan sistem yang berbeza.

Beliau berkata Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengendalikan perkhidmatan KTM komuter diarahkan untuk bekerjasama dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), pengendali perkhidmatan sistem LRT, MRT dan monorel untuk mewujudkan sistem tersebut.

“Bermula Ogos ini, sistem integrasi tiket ini akan bermula di 20 stesen di Lembah Klang. Semua ini akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Sistem tiket bersepadu ini dijangka dilaksanakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini,” katanya.


Demikianlah Artikel Semua pengangkutan awam guna Touch 'n Go menjelang 2019

Sekianlah artikel Semua pengangkutan awam guna Touch 'n Go menjelang 2019 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Semua pengangkutan awam guna Touch 'n Go menjelang 2019 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/semua-pengangkutan-awam-guna-touch-n-go.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :